Gaya Hidup
Dari RM50 Kini Bernilai RM5 Juta! 5 Fakta Menarik Tentang SVG Worldwide
Level up fesyen streetwear! Itu yang boleh digambarkan menerusi jenama fesyen lokal SVG Worldwide yang baru saja melancarkan koleksi Musim Bunga/Panas 2025 di The Yard, Sentul Depot pada 8 Februari lalu.
Dengan pelaburan RM3 juta, runway gempak dan barisan model yang luar biasa—ini pertunjukan fesyen streetwear solo terbesar di Malaysia!
Apa yang buat acara ini next level? Jom tengok 5 fakta wajib tahu tentang event paling epik tahun ini!
#1 Pertunjukan Fesyen Streetwear Solo Terbesar di Malaysia
Tak main-main! SVG Worldwide SS25: The Journey menampilkan 100 model di atas pentas peragaan, mencipta rekod terbesar dalam sejarah streetwear tempatan!Ashraf Anuar, mastermind di sebalik jenama ini, bawakan satu showcase yang mentakrifkan semula fesyen jalanan Malaysia.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2025/feb/astro_gempak_svg-(2).jpg)
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2025/feb/astro_gempak_svg-(3).jpg)
#2 Pelaburan RM3 Juta!
Dengan bajet RM3 juta, acara ini bukan sekadar pertunjukan fesyen biasa! Dari produksi kelas dunia, pemasaran yang padu, hingga koleksi high-concept, SVG Worldwide SS25 dijangka membawa streetwear tempatan ke tahap global.Nak tengok sendiri? Jangan risau, runway ini akan disiarkan secara langsung supaya semua orang boleh saksikan detik bersejarah ini!
#3 Dari RM50 ke RM5 Juta: Kisah Kejayaan Ashraf Anuar
Kisah founder SVG Worldwide ni memang legend! Ashraf Anuar mula dengan hanya RM50—jual baju dari thrift shop sebelum hasilkan batch pertama kemeja-T yang sold out dalam beberapa hari! Hari ini, SVG Worldwide bernilai lebih RM5 juta dan jadi antara jenama streetwear paling berpengaruh di Malaysia!![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2025/feb/astro_gempak_svg-(1).jpg)
#4 Pop-up Store Eksklusif di Starhill!
Nak dapatkan koleksi eksklusif dari runway? SVG Worldwide akan buka pop-up store di Starhill dari 9 - 16 Februari! Ini peluang korang untuk jadi antara yang pertama memiliki koleksi terhad dari SS25!📍 Pop-up Store: Starhill, 9 - 16 Februari
#5 Persembahan Faizal Tahir & Tribute Khas untuk Palestin
Bukan sekadar fesyen—acara ini juga ada momen bersejarah dengan persembahan khas dari Faizal Tahir, memberi penghormatan kepada Palestin. Ini bukti bahawa SVG Worldwide bukan sekadar jenama pakaian, tetapi platform untuk suara dan kesedaran sosial.![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2025/feb/astro_gempak_svg-(4).jpg)
Must-Watch Video