gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ria Ricis Beri Anak Perempuan Makan Otak Lembu - "Ia Bagus Untuk Anak-Anak"
VIRAL
Opai Masak Rendang Guna Daging Wagyu RM1,600 Sekilo - “Mereka Minta Saya Beli Daging, Saya Bagitahu…”
VIRAL
Ridzokumura Jawab Sebab Lot Sebelah Pusara Akiko Okumura Dikosongkan - "Tak Boleh Digali Sebab ..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

Selamat Lahirkan Anak Ke-4, Aisyah Hijanah Kongsi Pengalaman Uri Melekat Dekat Rahim - “Saya Diberi 2 Pilihan Sama Ada…”

gempak
Asyikin Mayudin
08/06/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
Selamat Lahirkan Anak Ke-4, Aisyah Hijanah Kongsi Pengalaman Uri Melekat Dekat Rahim - “Saya Diberi 2 Pilihan Sama Ada…”
Selamat melahirkan cahaya mata keempat pada Sabtu, pempengaruh Aisyah Hijanah berkongsi detik cemas selepas selesai proses bersalin.

Uri melekat

Menerusi perkongsian di TikTok, Aisyah memberitahu dia tidak menjangka akan melalui sendiri pengalaman urinya melekat dekat rahim.
“Lepas dah bersalin, baby pun dah keluar, Aisyah ingatkan semua dah smooth dan boleh tenang-tenang. Aisyah tengok Dr pun mcm stay still, tak macam biasa.

“Kalau biasa, lepas bersalin mesti Dr akan macam jahit ke apa, tapi kali ini Dr duduk diam. Ingatkan nak tunggu baby cuci dulu ke. Rupa-rupanya, uri Aisyah melekat dekat rahim.

“Ini pertama kali Aisyah lalui sendiri. Sebelum ni dengar cerita orang saja, tak sangka kali ini jadi dekat diri sendiri,” kongsi Aisyah.

Dua pilihan

Pada perkongsian yang sama, Aisyah memberitahu dia diberi dua pilihan sama ada rahimnya akan ditolak dari atas dan uri ditarik keluar ataupun doktor akan seluk tangan ke dalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada Pihak Ambil Kesempatan Kontroversi Aisyah Hijanah - “Nama Tengah Busuk Memang Lebih Banyak Tahi Daripada…”

ARTIKEL BERKAITAN: Salah Guna Wang Infak: Alif Teega Kekal Pengakuan Tidak Bersalah

ARTIKEL BERKAITAN: Enam Tahun Berkahwin, Aisyah Hijanah Kongsi Tips Bermadu - “Memang Susah…”

“Jadi dalam lebih kurang 30 min juga komplikasi, kemudian ada dua pilihan waktu tu. Sama ada Dr cuba push rahim dari atas dan tarik keluar ataupun kena seluk tangan ke dalam.

“Waktu ni, nurse dah tekan-tekan rahim Aisyah, sambil Dr cuba tarik slowly uri keluar. Serious sakit! Beberapa minit juga proses ni sampailah uri betul-betul keluar.

“Memang azab ya rasa dia. Kalau seluk tangan tak tahu lah macam mana. Kalau tak keluar juga mungkin tangan Dr akan kena seluk ke dalam untuk tarik uri keluar,” ujarnya.

Rancang kehamilan

Dinasihatkan untuk merancang kehamilan dalam tempoh jarak jauh, Aisyah berkata dia baru mengetahui risiko uri tertinggal dalam rahim boleh meragut nyawa ibu.
“Rupa-rupanya bahaya bila uri tertinggal dekat dalam sebab boleh risikokan nyawa. Ada juga yang cerita dalam live Aisyah tadi yang dah sampai rumah baru tahu uri tertinggal.

“Memang azab betul proses tu tapi nak tak nak kena keluarkan juga uri. Dr advise untuk jarakkan kehamilan lama sedikit sebab hal-hal macam ni ada kala terjadi kepada ibu yang jarak anak dekat-dekat.

“Aisyah punya anak memang jarak dekat setahun-setahun, jadi sebab itu lepaskan ni kena jarakkan lama sikit sebab takut hal sama terjadi lagi,” katanya.
@aisyahhijanah
“MACAM MANA URI BOLEH MELEKAT?” Lepas dah bersalin, baby pun dah keluar, Aisyah ingatkan semua dah smooth & boleh tenang-tenang. Aisyah tgk Dr pun mcm stay still, tak mcm biasa. Kalau biasa, lepas bersalin mesti Dr akan macam jahit ke apa, tapi kalini Dr duduk diam. Ingatkan nak tunggu baby cuci dulu ke… Rupanya, uri Aisyah melekat dekat rahim. Ini first time Aisyah experience sendiri. Sebelum ni dgr cerita orang shj, tak sangka kalini jadi dekat diri sendiri. So dlm lebih kurg 30 min juga complication, then ada 2 choices waktu tu. Sama ada Dr try push rahim drpd atas & tarik keluar ataupun kena seluk tangan ke dalam. Waktu ni, nurse dah tekan-tekan rahim Aisyah, sambil Dr cuba tarik slowly uri keluar. Serious sakit! Few minutes juga process ni sampailah uri betul-betul keluar. Memang azab ya rasa dia. Kalau seluk tangan tak tahu lah macam mana Otherwise, kalau tak keluar juga mungkin tangan Dr akan kena seluk ke dalam utk tarik uri keluar. Rupanya bahaya bila Uri tertinggal dekat dalam sbb boleh risikokan nyawa. Ada juga yg cerita dlm live Aisyah tadi yg dah sampai rumah baru tahu uri tertinggal. Memang azab betul proses tu tapi nak tak nak kena keluarkan juga uri Dr advise utk jarakkan pregnancy lama sedikit sbb hal-hal mcm ni ada kala terjadi kpd ibu yang jarak anak dekat-dekat. Aisyah punya anak memang jarak dekat setahun-setahun, so thats why lepaskan ni kena jarakkan lama sikit sbb takut hal sama terjadi lagi Siapa ada experience mcm ni, cuba share cerita korang dekat bawah okay!
♬ Tak Kan Terganti - Shabrina Leanor & Yovie Widianto
Topic Berkaitan
#Anak
#Hamil
#Rahim
#Aisyah Hijanah
#Pempengaruh
#Uri
#Alif Tega
#Proses bersalin
Must-Watch Video