Hiburan

“Dari Show Paling Murah, Kini Show Paling Mahal” - Shuib Bangga, Anak Perempuan Bakal Beraksi Di Konsert Ajai & Mega Friends

Ernalisa
17/01/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
“Dari Show Paling Murah, Kini Show Paling Mahal” - Shuib Bangga, Anak Perempuan Bakal Beraksi Di Konsert Ajai & Mega Friends
Anak perempuan kepada pelawak Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra diberi peluang untuk mengadakan persembahan di Konsert By Ajai & Mega Friends yang bakal diadakan di Singapura pada 10 Mei nanti.

BERITA BERKAITAN: Tiada Rezeki Shuib & Mamat Nak Tunai Umrah Bersama, Mohon Agensi Berhenti Guna Foto Untuk Promosi - "Mungkin Belum..."

BERITA BERKAITAN: Jadi ‘Backup Singer’ Talita, Netizen Terpukau Dengan Bakat Nyanyian Matin Pula - “Meremang Dengar…”

Menerusi perkongsian laman Facebook shuib_familily, komposer terkenal iaitu Ajai dilihat menyerahkan sampul berbentuk jemputan kepada Talita.
Menurut Ajai dalam video berkenaan, anak kepada Allahyarham penyanyi Siti Sarah itu juga diberi peluang untuk sama-sama menyanyi dalam konsert itu kelak.
"Bukalah, jadi awak akan dijemput bersama-sama uncle untuk sama-sama menyanyi dalam konsert di Singapura.

"Siapa yang ada dalam konsert nanti? Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, abang Hazama. Suka tak?," ringkas Ajai dalam video berkenaan.

Talita dilihat tergamam dengan tawaran istimewa itu hanya kelihatan tersenyum.
"Ya Allah betul ke?," ringkas Talita.
Sementara itu, Shuib dalam hantarannya turut meluahkan rasa sebak melihat pencapaian Talita.
“Dari show paling murah kini ke show paling mahal. Tahniah Talita.

"Daddy bangga. Terima kasih abang Ajai. Kita sama-sama doakan Talita okey," ringkasnya.

Terdahulu, Talita telah menarik perhatian ramai semasa melakukan sebuah persembahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan mendendangkan lagu arwah ibunya berjudul Kesetian.
Ketika persembahan tersebut, Talita tidak dapat menahan air mata malah telah membuatkan ramai sebak melihat kerinduannya terhadap bonda tercinta.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024