Berita

Datuk Ameer Beri Keizinan Khairul Aming Ambil Barang Di Mydin Bantu Mangsa Banjir

Gempak
02/12/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
Datuk Ameer Beri Keizinan Khairul Aming Ambil Barang Di Mydin Bantu Mangsa Banjir
Syarikat pemborong dan peruncit terkenal, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) memudahkan urusan pempengaruh, Khairul Aming bagi meneruskan pemberian bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan.

BERITA BERKAITAN:Khairul Aming Masak, Redah Banjir Agih 1,200 Pek Makanan: “Ramai Mangsa Berpindah Sehelai Sepinggang”

BERITA BERKAITAN:Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan, Netizen Suka Tengok Cara Kerja Khairul Aming - “Itu Pentingnya Education, Sistematik Kerja”

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin memberi jaminan untuk membenarkan usahawan itu mengambil barangan di premis miliknya bagi membantu rakyat terkesan.
"Awak boleh ambil barang seberapa banyak awak nak, tak perlu hantar orang atau kad kredit, 20,000 atau 100,000, nanti selepas banjir awak bayarlah," katanya.
Situasi banjir yang dilihat semakin kritikal melanda negeri Kelantan sehingga mencecah hampir 100,000 mangsa.
Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman menerusi Instagram miliknya memaklumkan sebaik tiba di Kelantan pada Sabtu, dalam tempoh dua jam dia berjaya kumpul bantuan untuk 2,000 mangsa banjir di Pasir Mas.
Dalam pada itu, pihak Mydin turut memberikan sumbangan berbentuk barangan kepada mangsa.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024