Hiburan

Dedah Perangai Isteri Shuk Sahar, Rakan Dakwa Pernah Jadi Saksi Pergaduhan - “Tahap Marah Dia Itu Sampai…”

Ainun
14/08/2024
03:25 MYT
Sponsor Banner
Dedah Perangai Isteri Shuk Sahar, Rakan Dakwa Pernah Jadi Saksi Pergaduhan - “Tahap Marah Dia Itu Sampai…”
Perkongsian rakan kepada Shuk Sahar dikenali sebagai Raje Ridzuan Khai di Instagram yang mendedahkan tentang masalah rumah tangga pelawak itu dengan isterinya, Fara Salleh menarik perhatian netizen.
Menerusi hantaran tersebut, Raje mendakwa dia pernah menjadi saksi melihat Fara sering memarahi Shuk, ketika mereka berniaga nasi kerabu di Singapura.

“Dekat Singapura si F tu pernah marah dekat Shuk, sebab saya berada di depan booth Shuk tolong meniaga Nasi Kerabu. Tahap marah dia tu sampai keluar booth jalan kaki dan nak balik naik bas.

“Padahal saya depan booth tu tolong meniaga barang Shuk.. dia tolong masak dekat dalam. Shuk bisik kat saya dengan rasa sedih. Raje mintak maaf. Raje duduk dulu dekat booth lain. Abang taknak kecoh-kecoh atau gaduh dekat sini.
“Korang tengoklah sendiri la macam tu nak cakap Shuk ni backup member? Member sendiri pun dia suruh pergi la untuk jaga hati isteri”, kongsinya.

Cari Rezeki

Mahu mencari rezeki dan menganggap tempat bukan untuk mencari masalah, Raje turut mendakwa kejadian tersebut juga pernah terjadi sebelum ini di lokasi yang sama.
Bagi Raje, kehadiran mereka di Singapura adalah untuk mencari rezeki dan bukanlah tempat untuk mencari masalah.
“Ini kes tahun lepas event yang sama. Memang event ni si F tu akan buat hal dan tahun ni jadi balik kes baru, dekat event yang sama dan tempat yang sama.

“Sebelum ini kamu diam sebab malas nak layan perempuan tu, tapi kali ini memang kami susah nak berdiam diri. Dekat Singapura, ini tempat kami cari rezeki bukan tempat cari pasal”, jelasnya.

Terdahulu, Fara pernah kongsikan permasalahan rumah tangganya di platform Thread yang mengundang pelbagai spekulasi antara dia dan suaminya, Shuk Sahar.

BERITA TRENDING: Rumah Tangga Didakwa Sedang Goyah, Ini Respons Shuk Sahar…

BERITA TRENDING: Fara Salleh Luah Rasa Kesal Berkahwin, Rumah Tangga Shuk Sahar & Isteri Goyah? - “I Hope He Realize My Statement & Divorce Me”

BERITA TRENDING: Ketagih Main Permainan ‘Mesin’, Shuib Pernah Kerugian Puluhan Ribu & Dikepung Gangster - “Bila Aku Berhenti, Duit Bukan Kata Boleh Simpan, Malah Makin…”

BERITA TRENDING: Lepas Rindu Dengan ‘Video Call’ Anak-Anak di Sabah, Shuk Sahar Tak Pernah Lupa Tanggungjawab - “Kalau Ada Masa, Saya Pergi…”

Bagaimanapun Shuk memilih untuk berdiam diri dan menegaskan dia tidak pernah bercakap buruk tentang orang lain.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar