Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

“Dekat Situ Nampak Dia Push Aliff” - Bella Astillah Kecewa, Terkejut Suami Sendiri Didakwa Rancang Mahu Jatuhkan Dirinya

Izwan Isa 25/04/2024 | 01:55 MYT

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengakui kecewa dan sedikit terkejut apabila melihat tangkap layar perbualan Whatsapp yang didedahkan oleh individu didakwa bernama Sarah Yasmine di Instagram baru-baru ini.

Kecewa

Bella berkata, perasaan kecewa itu hadir memandangkan orang yang bersama dengannya bertahun-tahun sanggup membuat perancangan dengan individu lain untuk menjatuhkan dirinya.

“Terkejut juga bila baca perbualan Whatsapp itu. Terkejut mereka mahu jatuhkan saya. Dia macam ni, macam yang saya pernah cakap, apa-apa yang digunakan oleh pihak sana, adalah benda lama… semata-mata mahu tutup kes khalwat.
“Perkara tu tak eloklah, melainkan saya buat sekarang. Dan fitnah yang disebarkan adalah terlalu berat. Di mana mereka menggunakan benda tu untuk jatuhkan saya. Tapi sebab tu orang kata, bila niat kita tak baik, benda tu tak akan berkesan.
“Tapi saya kecewa sebab nampak pasangan yang sama-sama selama 10 tahun berkomplot sama.. (dengan individu lain). Tapi yang saya nampak dekat Whatsapp tu… yang push dia untuk buat ni.
“Sebab saya pernah cakap dengan Aliff dan famili yang benda tu benda lama dan tiada kena mengena dengan kes ini. Sebab tu saya cakap kita hanya bercerai dengan cara baik. Tapi bila baca Whatsapp perbualan tu, memang Hanis (Ruhainies) yang push. Nampak dekat situ dia yang push Aliff untuk reveal benda tu,” katanya kepada Gempak.

Tidak bertemu

Ditanya adakah dia masih bertemu dengan Aliff, Bella berkata: “Saya memang tidak berhubung langsung dengannya,” jawab Bella ringkas.

Terdahulu, wanita bernama Sarah Yasmine yang dipercayai berasal dari Singapura mendedahkan kronologi hubungan sulitnya bersama Aliff di Instagram.
Menurut wanita itu, dia dan Aliff berhubungan dari Januari hingga Mac 2024.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah Dedah Sebab Kenapa Dia Ikuti Sarah Yasmine Di Instagram

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Dedah Bella Astillah Tak Tahu Tentang Pendedahan ‘Kekasih Gelap’ Aliff Aziz - “Dia Tengah Shooting”

#Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Sarah Yasmine
;