Hiburan

Dengar Cakap Bomoh, Pelakon Wanita Maut Makan Racun Katak

Maliah Surip
09/12/2024
14:50 MYT
Sponsor Banner
Dengar Cakap Bomoh, Pelakon Wanita Maut Makan Racun Katak
Seorang pelakon wanita dari Mexico maut selepas memakan racun katak Amazon yang dikenali sebagai Kambo, disyorkan oleh bomoh yang merawatnya.

BERITA TRENDING: Ratusan Katak Berharga RM4,700 Seekor Ditemui Stress & Kurang Gizi, Cuba Diseludup

Marcela Alcázar Rodríguez, 33, meninggal dunia pada 1 Disember lalu dilaporkan mengalami muntah dan cirit birit selepas memakan racun yang diproses pada kulit katak tersebut menerusi ritual membuang toxin di Durango.

BERITA TRENDING: Isu ‘Jual’ Daging Katak, NSK Mohon Maaf

BERITA TRENDING: Makan Katak? Taiwan Buat Ayda Jebat ‘Speechless’ Sampai Menangis!

Meski sedar dirinya telah mengalami keracunan, Rodriguez menolak untuk menerima rawatan. Namun dia akhirnya dikejarkan ke hospital terdekat sebelum meninggal dunia, lapor NYPost.
Pihak berkuasa tempatan dilaporkan giat mengesan bomoh yang menjalankan ritual ke atas aktres tersebut sehingga mengakibatkan kematiannya.
Kambo merupakan rawatan tradisional yang digunakan oleh suku kaum di Amerika Utara. Ia merupakan racun yang terdapat pada badan katak dan ‘dikeluarkan’ menerusi meletakkan haiwan tersebut dekat dengan api bagi mendapatkan cecair daripada kulitnya.

BERITA TRENDING: “Lagi Sedap Dari Ayam, Daging Halus Manis”- Kongsi Pengalaman Makan Katak, Isteri Adam Corrie Tak Tahan Geli

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024