Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Deria Bau Dan Rasa Masih Tak Ada, Tapi…” - Nabila Syukur Semakin Sihat

Mya Amri 14/05/2021 | 08:45 MYT
Pelakon Nabila Huda berkongsi perkembangan terkini mengenai dirinya yang dijangkiti COVID-19.
Nabila berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini.
Menurut Nabila, dia masih lagi kehilangan deria rasa dan bau namun dia dapat merasakan dirinya semakin sihat.
“Sedikit perkembangan yang saya kongsi sewaktu live malam tadi, semalam saya sakit tekak, hari ini sakit tekak tu macam dah kurang tapi dia macam ada flame pulak.
“Rasa macam ada cecair kat tekak. Saya tak pasti sama ad aini adalah petanda baik untuk bertambah pulih atau tidak tapi saya dapat rasa badan saya mengatakan saya semakin pulih.
“Deria bau and rasa masih tak ada. Tetapi semuanya baik. Saya semakin gembira! Mood pun macam dah kembali normal,” tulisnya.

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Dalam pada itu, Nabila juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada sahabat dan juga pengikut media sosial yang sentiasa mendoakan kesihatan dirinya.
“Tak tahu lah kejap lagi dia kacau balik, aku emo balik! Haha. Terima kasih kepada kawan-kawan kesayangan saya dan juga pengikut IG untuk semua doa serta ucapan. You guys are so sweet!
“(Malam ni rasa nak habiskan masa dengan anda semua lagi waktu live sebab saya merasakan ia sedikit sebanyak dapat membantu untuk buat hati saya happy dengan semua komen-komen positif korang dan Abil boleh membebel! Membebel pun membantu jugak untuk hilang kan overthinking haha!),” tulisnya.
Terdahulu, bapa Nabila iaitu penyanyo rock terkenal Amy Search sendiri mengesahkan anak kesayangannya itu dijangkiti COVID-19.
BACA: Nabila Huda Positif Covid 19, Mula Hilang Deria Bau, Ini Pesan Amy Search: “Papa Love You”
#Nabila Huda #COVID-19 #Positif Covid-19
;