,
Laman Utama

Nabila Huda Positif Covid 19, Mula Hilang Deria Bau, Ini Pesan Amy Search: "Papa Love You"

Maliah Surip
12/05/2021
02:50 MYT
Seorang lagi aktres kesayangan negara, Nabila Huda telah dijangkiti virus COVID 19.
Berita kurang baik itu disahkan oleh bapanya, Amy Search selepas video Nabila menyambut ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Keisha dari dalam bilik berseorangan dengan Keisha dan suaminya, Bert di ruang tamu manakala Amy sekeluarga ikut meraikan dari rumah dimuat naik di akaun Instagramnya, pagi tadi.
"Ya, Abil positif COVID 19," ujar Amy sewaktu dihubungi Gempak.
Menurut Amy, biarpun Nabila kini menjadi salah satu mangsa virus yang semakin meruncing di Malaysia dengan gelombang ketiga ini, namun anak perempuannya itu berada dalam keadaan baik.
"Abil ada beritahu sekarang dia sudah hilang deria bau, batuk dan selesema. Namun buat masa ini keadaannya stabil.
"Alhamdulillah, Keisha dan suami serta kami sekeluarga tidak dijangkiti COVID 19," kata Amy.
Amy turut menitipkan pesanan bermakna buat anak kesayangannya yang perlu melalui kuarantin kendiri menjelang Aidilfitri besok.
"Saya sedih bila Abil kena (COVID 19) lagi lagi dah nak raya. Buat Abil saya doakan semoga dia tabah, cekal dan tolong doakan kesembuhan dia. Papa love you, we love you Abil. Stay strong.
"Paling penting, make sure antibody kuat, jangan lupa ambil Vitamin C. Saya tahu Abil kuat!" katanya lagi.
Lantaran pemenang pelakon wanita terbaik itu dijangkiti COVID 19, perancangan mereka untuk merayakan ulang tahun Keisha yang ke 11 tahun, semalam selain ertemuan keluarga sempena merayakan sambutan Hari Ibu juga dibatalkan. Mereka hanya merayakannya secara virtual demi menjaga keselamatan masing masing.
Sementara itu, hantaran WhatsApp Gempak kepada Nabila masih belum dibalas aktres tersebut.
Terdahulu, awal minggu ini pelakon Tiz Zaqyah dan Nora Danish juga mengumumkan mereka telah dijangkiti COVID 19.
Instagram: @qasender, @kupukupu
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Membanggakan! Abang Adik Dinobat Filem Terbaik 10th Asian World Film Festival Di LA

gempak
22/11/2024
11:13 MYT
Filem Abang Adik memenangi Filem Terbaik di 10th Asian World Film Festival 2024 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Hiburan

Fedi Nuril Pegang Watak Poligami Lagi, Peminat Harap Tak Jadi Dalam Dunia Nyata - “Satu Isteri Sudah Sangat Cukup”

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Aktor popular Indonesia, Fedi Nuril mencuri tumpuan apabila bakal tampil dalam naskah filem terbaharunya tidak lama lagi.
Hiburan

Sering Terima Watak Aksi, Fad Anuar Pasang Impian Mahu Bawa Watak Komedi Pula - “Saya Minat Tapi Tak Ada Rezeki Lagi”

gempak
20/11/2024
06:50 MYT
Pelakon Fad Anuar mengakui mahu keluar dari zon karya aksi dalam setiap naskah yang dibintanginya.
Peraduan

Gempak Movie Night Out: Tiket Malam Gala Filem Kahar: Kapla High Council

gempak
18/11/2024
12:49 MYT
Siapa nak menang hadiah ke Gempak Movie Night Out: Tiket Malam Gala Filem Kahar: Kapla High Council
Hiburan

Isu Buli Di Set Penggambaran, Nabila Huda Sifatkan Artis Sekarang Manja! - “Hal Personal Patut Simpan”

gempak
18/11/2024
09:30 MYT
Pelakon, Nabila Huda menasihati kepada pelakon baharu supaya tidak memberi sebarang kenyataan yang lebih mengenai isu buli dalam industri lakonan.
Unitar