Hiburan

"Dia Mempunyai 'Angry Bird' & Dilahirkan Sebagai Lelaki" - PU Syed Tempelak Safiey Illias!

Hanafis Haris
10/07/2020
14:14 MYT
Sponsor Banner
"Dia Mempunyai 'Angry Bird' & Dilahirkan Sebagai Lelaki" - PU Syed Tempelak Safiey Illias!
Selepas menemplak tindakan Nur Sajat yang berpakaian seksi, pencetus Ummah (PU) Syed Bakri kini meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada usahawan kosmetik popular, Safiey Ilias.
Perkara itu diluahkan menerusi satu posting di Instagramnya hari ini.
Menurut PU Syed, Safiey juga antara individu yang pada awalnya bertaubat telah kembali semula menjadi 'wanita'.
"Apa lagi nak dikata pada seorang lagi ini yang telah kali kedua bertaubat dan kembali semula menjadi 'paknyah'.
"Isu taubat adalah urusan dia dengan Allah yang Maha Pengampun, namun isu dia mempromosikan kemaksiatan dan jalan hidup yang songsang kepada masyarakat adalah isu yang paling utama yang perlu segera dirawat sebelum menjadi pandemik yang sukar diatasi.
"Dia dan Sajat sama-sama mempunyai angry bird @ punai dan dilahirkan sempurna sebagai seorang lelaki.
"Namun disebabkan 'perasan' yang mereka telah terperangkap dalam tubuh lelaki, maka berusahalah mereka untuk merubah segala yang Allah telah jadikan kepada mereka," katanya.
Tambahnya, sifat yang terhasil dari imaginasi songsang ini harus dirawat segera oleh pakar psikatri dan bukan pergi mengadap doktor bedah plastik yang hanya ingin mengaut keuntungan dan merosakkan manusia seperti mereka lagi.
"Mereka mempunyai followers 'tengin' yang ramai sehingga mengiyakan sahaja apa yg mereka lakukan," katanya.
Posting berkenaan kemudian mendapat sokongan ramai apabila kebanyakan mereka menganggap tindakan kedua-dua usahawan tersebut semakin melampau.
Rata-ratanya mendoakan supaya kedua-dua mereka kembali ke pangkal jalan.
Anda boleh lihat posting penuh PU Syed di bawah.
Paknyah, antara "kebebalan" dan melayan "Perasan" Sahaja! Apa lagi nak dikata pd seorang lagi ni, yg telah kali kedua bertaubat dan kembali semula menjadi paknyah, isu taubat adalah urusan dia dgn Allah yg Maha Pengampun, namun isu dia mempromosikan kemaksiatan dan jalan hidup yg songsang kpd masyarakat adalah isu yg paling utama yg perlu segera di rawat sebelum menjadi pandemik yg sukar utk diatasi Dia dan sajjat dan rakan² sewaktu dengannya, sama² mempunyai angry bird @ punai , dan dilahirkan sempurna sebagai seorang lelaki, namun disebabkan "perasan" yg mereka telah terperangkap dlm tubuh lelaki, maka berusahalah mereka utk merubah segala yg Allah telah jadikan kpd mereka Sifat "bebal" yg terhasil dari imaginasi songsang ini, harus dirawat segera oleh pakar² psikatri dan bukan pergi mengadap Dr bedah plastik yg hanya ingin mengaut keuntungan dan merosakkan manusia seperti mereka lagi Mereka mempunyai followers "tengin" yg ramai, sehingga mengiyakan shj apa yg mereka lakukan, sedangkan BAHAYA gaya hidup mereka ini, bukan shj di dunia, bahkan boleh membahanakan pengikut yg mengikut gaya hidup mereka di akhirat nanti jika tidak sempat bertaubat yg sebenar2nya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda di dlm Hadis yg di Riwayatkan oleh Iman Muslim, yg bermaksud "Dan barang siapa yang merintis suatu sunnah (yang buruk) dalam Islam, maka baginya dosa amalan yang dirintisnya itu, serta (dia juga beroleh) dosa orang yang mengamalkannya selepas itu," Ya Allah, berikanlah kesedaran kpd mereka, namun jika gaya dan cara hidup mereka ini boleh merosakkan moral dan akhlak umat Islam khususnya di Malaysia ini, tolonglah wahai Allah, jauhkan mereka dari dunia ini Syed Bakri Al-Yahya #AdeAmbeTakut
A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024