Hiburan

"Dia Selalu Di Belakang Saya" - Amelia Henderson Hargai Sokongan Aedy Ashraf Isu Kes Saman

Firdaus
13/08/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
"Dia Selalu Di Belakang Saya" - Amelia Henderson Hargai Sokongan Aedy Ashraf Isu Kes Saman
Pelakon Amelia Henderson, 29, menghargai sokongan diberikan oleh bekas kekasihnya, Aedy Ashraf, 31, selepas dirinya terpalit kes saman membabitkan seorang penulis skrip yang masih belum selesai.

Masih Ada Rasa Hormat

Amelia atau pemilik nama sebenar, Amelia Thripura Henderson menyatakan biarpun percintaan mereka putus di tengah jalan, dirinya tetap mempunyai rasa hormat terhadap Aedy yang sentiasa menyokongnya dalam apa jua situasi.

“Saya hargainya dan sejujurnya saya selalu menghormati Aedy...

“Saya hargainya dan sejujurnya saya selalu menghormati Aedy. Saya selalu rasa macam masa kita sudah sampai penghujung. Bagaimanapun, saya ada rasa hormat terhadap Aedy.
“Saya tidak akan bercakap perkara negatif mengenai Aedy sebab saya hormatnya dan masa yang kami pernah rapat dulu. Saya hargai Aedy kerana dia seorang yang matang.
“Walaupun kami sudah tidak rapat lagi, dia selalu di belakang saya, malah saya juga akan berada di belakangnya. Aedy seorang yang hebat dan sememangnya layak untuk mendapatkan yang terbaik,” katanya.

BERITA TRENDING: Kes Saman Amelia & Penulis Skrip Drama Diteruskan, Aedy Ashraf Doakan Yang Terbaik - “Dia Wanita Cekal”

BERITA TRENDING: Gagal Capai Kata Sepakat, Kes Saman Penulis Skrip Sekali Lagi Cinta Kembali & Amelia Henderson Bakal Diteruskan Di Mahkahmah

BERITA TRENDING: Didakwa Sering Berbalas Hantaran Di Media Sosial Bersama Bekas Kekasih, Ini Respons Amelia Henderson - "Mungkin Orang Buat Andaian Tapi Saya Dengan Aedy.."

BERITA TRENDING: Amelia Henderson Akui Tidak Akan Kembali Semula Bersama Aedy Ashraf - “Mungkin Saya Akan Lebih Berhati-Hati…”

Dalam pada itu, Amelia ketik ditemui pada sesi tayangan perdana dan sidang media filem Harimau Malaya yang berlangsung di GSC The Starling menyifatkan fasa mereka bergelar pasangan kekasih sudah berlalu.
“Kadang-kadang bila sudah sampai penghujung (hubungan), saya pun tak tahu macam mana hendak jawab sebab tak mahu orang salah faham atau menyimpan harap terhadap situasi ini.
“Ini masa untuk biarkan ia berlalu, kita tidak boleh memaksa keadaan. Dia dan saya faham perkara itu dan saya doakan dia selalu dalam keadaan baik,” katanya.
Bercerita lebih lanjut mengenai kes saman yang dihadapinya, Amelia berkata dia masih tidak dapat memberikan sebarang kenyataan sehingga isu tersebut selesai dibicarakan di mahkamah.
Terdahulu, kes saman penulis skrip drama Sekali Lagi Cinta Kembali, Rehal Nuharis terhadap Amelia diteruskan selepas proses mediasi di Pusat Mediasi Mahkamah Kuala Lumpur, 6 Ogos lalu gagal diselesaikan secara baik.
Difahamkan, kedua-dua pihak tidak mencapai kata sepakat yang membabitkan syarat penyelesaian dalam proses mediasi yang dijalankan.
Susulan itu, kes saman akan diteruskan dengan perbicaraan yang akan bermula pada 6 dan 7 Februari tahun depan.
Dalam perkembangan lain, Amelia membawa watak Inaya dalam filem Harimau Malaya arahan Datuk Afdlin Shauki yang akan menjengah pawagam tempatan mulai 15 Ogos ini.
Filem terbitan 4ward Pictures Sdn Bhd yang menjadikan kisah benar skuad bola sepak kebangsaan sebagai inspirasi turut membariskan pelakon seperti Meerqeen, Sophia Albarakbah, Aidil Aziz, Aiman Hakim Redza, Tony Eusoff, Zain Hamid, Vanidah Imran, Erra Fazira, Nam Ron, Bell Ngasri, Kavin Jay dan Douglas Lim.
Filem Harimau Malaya mengisahkan kebangkitan semula skuad bola sepak kebangsaan selepas kemerosotan yang membawa kepada peletakan jawatan jurulatih Tan Cheng Hoe pada Januari 2022 sebelum mereka bangkit dan berjaya layak ke Piala Asia 2023.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar