BERITA

“Dia Tak Cakap Banyak…”- Noorkhiriah Terkejut Terima Gambar Kubur Daripada Suami Selepas Minta Izin…

Syafiqah Jalal 10/04/2019 | 10:54 MYT
Pelakon Noorkhiriah terkejut apabila menerima gambar kubur daripada suaminya selepas meminta izin untuk keluar ‘bersuka ria’.
Noorkhiriah berkata menerusi kiriman gambar itu, bermakna suaminya tidak mengizinkannya.
“Baru je feeling nak bersukaria..mesejlah cik suami nak minta izin..
“Sekali cik suami reply ni (gambar kubur) ,dia tak cakap banyak..maknanya takyah nak bersukaria sangat..urmmm korang dah dhuha?” tulisnya.
Noorkhiriah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, pelakon Nur itu memuat naik fotonya seseorang sedang menggali kubur yang dipercayai foto dari kiriman suaminya.
Rata-rata pengikutnya akui gambar tersebut benar-benar memberi kesan kepada mereka untuk lebih mengingati mati.
#pelakon #Kahwin #Kahwin #Pelakon #Suami #noorkhiriah