Hiburan

"Dia Wanita Kuat" - Muaz Zabir Doa Yang Baik-Baik Buat Bella Astillah

Amri Hassan
13/06/2024
12:43 MYT
Sponsor Banner
"Dia Wanita Kuat" - Muaz Zabir Doa Yang Baik-Baik Buat Bella Astillah
Pelakon kacak Muaz Zabir akui tidak mengikuti perkembangan kes perceraian pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz yang bertemu titik noktah hari ini.
Jelas Muaz, 27, dia punyai komitmen lebih penting yang perlu diberikan prioriti terutama membabitkan kariernya ketika ini.
"Mungkin takdir yang ditentukan itu adalah yang terbaik untuk kita. Saya tidak tahu nak rasa kasihan atau sebaliknya.
"Tapi saya doakan Bella supaya menemui kebahagiaan dan berjaya mengharungi cabaran hidup selepas ini.

"Seperti mana yang kita tahu, dia seorang wanita yang kuat. Saya harap semua doakan yang terbaik buatnya," katanya.

Muaz yang ditemui pada sidang media pelancaran drama bersiri Viu Original berjuudul Bawah Payung Awan di Petaling Jaya pada Khamis hanya mengetahui perkembangan kisah pasangan selebriti itu menerusi kenalan industri.

BERITA TRENDING: “Saya Menceraikan Isteri Saya Dengan Talak Satu,” - Aliff Aziz, Bella Astillah Sah Bercerai

BERITA TRENDING: Tahniah Buat Bekas Sahabat Saya Ruhainies Berjaya Runtuhkan Masjid - Bella Astillah

BERITA TRENDING: Aliff Aziz Serah Hak Penjagaan Anak Pada Bella - “Sebab Dia Ibu Kandung”

BERITA TRENDING: “Saya Tak Tuntut Apa-Apa Sebab Harta Paling Berharga Adalah Anak-Anak” - Bella Astillah

BERITA TRENDING: Enggan Bersalaman Dengan Aliff Aziz Buat Kali Terakhir, Bella Astillah Jawab - “Biarlah Masa Menjawab Segalanya”

BERITA TRENDING: "Aku Takkan Pernah Halalkan Dunia Akhirat, Apa Yang Kau Buat Kat Isteri Aku!" - Aliff Aziz

Tak sempat tengok media sosial

Malah, Muaz tidak berkesempatan untuk meninjau media sosial untuk mengambil tahu perkembangan semasa.
"Saya memang tak sempat tengok media sosial sebab hari ini saya sibuk menjalani penggambaran.
"Ini pun saya minta pihak produksi lepaskan saya untuk datang ke majlis ini dan selepas ini saya akan bergegas ke Genting Highlands menyambung penggambaran. Lebih baik saya diam dan tidak mengeruhkan lagi keadaan.
"Tapi saya tahulah mereka sudah bercerai sebab orang sekeliling bercakap mengenainya," tambahnya.

Sepakat jaga batas

Tegas Muaz lagi, dia enggan mengambil pusing akan hal yang membabitkan pasangan itu sementelah dirinya dan Bella sudah capai kata sepakat untuk menjaga pergaulan sebagai rakan artis semata-mata.
"Sebenarnya saya dan Bella sudah mengambil keputusan untuk menjaga batas masing-masing.

"Saya tiada hak untuk memberi sebarang komen dan memilih untuk mendiamkan diri bagi mengelakkan perkara tidak diingini terutamanya salah tafsir dalam kalangan netizen.

"Lebih baik saya diam dan tidak mengeruhkan lagi keadaan.
"Industri hiburan kita kecil saja, pusing mana-mana pun akan bertemu juga.
"Jadi saya tak ingin menambah musuh dalam kehidupan. Nak kata kami berkawan pun tidak, bergaduh pun tidak.
"Kalau digandingkan sekali pun nanti, kami akan bersikap profesional dan hanya fokus pada urusan kerja sahaja," jelasnya.
Pada Mac lalu, tersebar beberapa foto mesra di antara Muaz dan Bella yang didakwa turut berlaku curang.
Bella yang tidak menafikan perkara tersebut bagaimanapun menjelaskan hubungan mereka sekadar ingin membuat Aliff berasa cemburu.
Aliff pada tengah hari Khamis melafazkan cerai talak satu terhadap Bella di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016.
Pasangan ini pernah bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali berlaku curang namun mereka kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.

BERITA TRENDING: "Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!

BERITA TRENDING: Tak Pernah Terfikir Nak Ada Hubungan Dengan Isteri Orang, Muaz Zabir Hanya Sekadar Mendengar Keluhan Bella

Kredit foto Muaz Zabir: Harian Metro
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar