Viral

Diabaikan & Dihalau, Nasib Kanak-Kanak Ini Raih Simpati Netizen - “Korang Nak Tahu Siapa Patut Childfree? Mak Bapak Adik Ni!"

Umirah Halim
12/07/2024
06:17 MYT
Sponsor Banner
Diabaikan & Dihalau, Nasib Kanak-Kanak Ini Raih Simpati Netizen - “Korang Nak Tahu Siapa Patut Childfree? Mak Bapak Adik Ni!"
Isu ‘childfree’ ataupun perkahwinan tanpa memiliki cahaya mata merupakan satu trend perkahwinan yang hangat diperkatakan ketika ini.

Abaikan Anak

Lantaran kepada permasalahan tersebut seorang pengguna platform X menzahirkan rasa kasihan terhadap seorang kanak-kanak berusia 13 tahun yang diabaikan oleh ibu bapanya.

“Korang nak tahu siapa patut childfree?

Menurut pengguna media sosial berkenaan, ibu bapa kepada kanak-kanak itu yang sepatutnya mengamalkan perkahwinan ‘childfree’ kerana tidak mampu bertanggungjawab dengan cahaya mata sendiri.
“Korang nak tahu siapa patut childfree? Mak bapak adik ni!” getusnya.
Apa yang lebih menyayat hati adalah apabila difahamkan kanak-kanak itu tidak diberi kebenaran masuk ke dalam rumah sehingga terpaksa membuang air besar di kawasan tangga kediaman.
BERITA TRENDING:“Kesian Kami Yang Tak Mampu “ – Individu Ini Dikritik Sebab Tegur TikToker Kongsi Makan Sedap -Sedap Di Media Sosial
BERITA TRENDING: Achey Berang Pasangan Pilih Konsep 'Child Free' & Anggap Anak Beban - "Mak, Nenek Moyang Awak Pun Agak Menyesal Bila…”
BERITA TRENDING: Ulas Isu ‘Child Free’, Caprice Akui Hidup Berubah Lepas Punyai Zuriat – "Dulu Tidur Bergantung Pada Ubat”
BERITA TRENDING: Isu Pasangan Suami Isteri Mahu ‘Childfree’ & Anggap Anak Beban, Ini Komen Ustaz Tajdid Hadhari - “Hukumnya Adalah Haram Apabila…”
Melihat kepada entri yang dikongsikan, rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati kepada kanak-kanak tersebut.
Tidak hanya berhenti di situ, ada juga segelintir yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap ibu bapa kanak-kanak berkenaan.
Sekadar info, setakat artikel ini ditulis posting itu meraih hampir 300,000 tontonan di Platform X.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar