Hiburan

Achey Berang Pasangan Pilih Konsep 'Child Free' & Anggap Anak Beban - "Mak, Nenek Moyang Awak Pun Agak Menyesal Bila…”

gempak
Asyikin Mayudin
01/07/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
Achey Berang Pasangan Pilih Konsep 'Child Free' & Anggap Anak Beban - "Mak, Nenek Moyang Awak Pun Agak Menyesal Bila…”
Tular video di laman sosial memperlihatkan sepasang suami isteri yang mengakui mereka memilih untuk berkahwin tapi tidak mahu zuriat yang mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya dan selebriti tempatan.

Achey Berang

Salah seorang selebriti iaitu pelawak Achey turut mengulas mengenai kenyataan suami isteri yang menganggap cahaya mata sebagai satu bebanan dalam rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Ulas Isu ‘Child Free’, Caprice Akui Hidup Berubah Lepas Punyai Zuriat – "Dulu Tidur Bergantung Pada Ubat”

ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Hasut Aliff Robohkan Rumah Tangga? - “Lepas Ni Awak Free, Tak Ada Lagi Toxic”

Berang dengan kenyataan tersebut, Achey berkata anak adalah penyeri dalam hidup selain akan menjadi pewaris keluarga yang mendoakan ibu bapanya.

“Mak, nenek moyang awak pun agak menyesal bila awak keluarkan kenyataan ini. Pewaris dan penyeri dalam hidup tu dik oi.

“Kerjaya awak tak boleh masuk kubur… doa anak yang boleh tembus… yang suami pun aku kalau depan-depan aku jack saja ni,” kata Achey menerusi Instagram miliknya.

Beri Pengaruh Negatif

Menganggap keputusan untuk ada anak atau tidak itu hak masing-masing namun Achey tidak bersetuju dengan kenyataan yang seakan-akan memberi pengaruh negatif pada orang lain.
“Aku bab anak ni memang tak boleh la. Banyak lagi nak cakap ni… tapi keputusan tu hak korang.
“Cuma aku tak suka kenyataan kau racun pemikiran orang lain tu. Kau video kan pula… kau ni karang!” tegas Achey.
Selain Achey, penyanyi Caprice sebelum ini juga ada meluahkan pendapatnya mengenai isu ‘child free’ yang sedang tular di laman sosial.
Menganggap anak-anak sebagai rezeki, Caprice berkata dia menyedari kehidupannya sudah berubah sepenuhnya selepas dikurniakan cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Kagum Tun Mahathir Hanya Follow Khairul Aming Di TikTok - "Beliau Memang Suka Anak Melayu Yang ..."

ARTIKEL BERKAITAN: 27 tahun Terpisah, Wanita Syukur Dapat Peluk Ibu Kandung - “Saya Diserahkan Kepada Keluarga Angkat Beragama Islam Ketika…”

ARTIKEL BERKAITAN: Cik B Dedah Asal Usul Panggilan, Trauma Dengan Nama Penuh - “Orang Tak Panggil Nama Sebenar Saya Sebab…”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Tunggal Kecewa, Anak Jadi Perempuan Simpanan Sebab Nak Naik Pangkat - “Sanggup Libatkan Diri Dengan Boss Yang Dah Kahwin”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024