Diana Rafar Dedah Punca Perpisahan Sebelum Ini - “Sebab Abang Memang Tak Boleh Tengok…”
Gara-gara sikap Obsessive Compulsive Disorder (OCD) yang dihadapi suaminya, aktor Zamarul Hisham, pelakon dan penyanyi Diana Rafar mendedahkan dia pernah berputus atas di awal perkahwinan mereka.
Sikap OCD Suami
Pelakon berusia 42tahun itu mengakui suaminya masih mempunyai sikap OCD yang dialaminya dahulu namun sudah berkurangan.
"Punca perpisahan kita dahulu adalah disebabkan perkara-perkara kecil macam ini, jadi perkara itu membuatkan saya fobia. Selepas kembali bersatu, saya tidak memberi ruang kepada abang (Zamarul) mencari kekurangan dengan perbaiki diri.
"Sebab abang memang tak boleh tengok rumah kotor, habuk berselerak,busuk dan sebagainya jadi perkara seperti itu kalau kita jaga, tiadalah kita bagi dia peluang untuk mencari kesilapan kita," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Diana Rafar Imbau Detik Zamarul Hisham Lafaz Cerai & Perjalanan Mula Pakai Tudung - “Satu Persatu Nikmat Allah Tarik...”
ARTIKEL BERKAITAN: Zamarul Hisham Tak Berahsia! Mesej Di Instagram & Password Bank Pun Isteri Tahu - “Sebab Saya Berdasarkan Kepercayaan”
ARTIKEL BERKAITAN: Diana Rafar, Zamarul Hisham dan Afyaa Santuni Selebriti Veteren Menerusi Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0
Berkongsi kisah awal perkahwinannya, Diana pernah ditegur oleh suaminya kerana tidak mengoreng hingga garing seperti yang diinginkan Zamarul.
Rahsia Rumah Tangga
Menjawab mengenai rahsia menjaga rumah tangga, Diana sering mengingatkan tentang kematian bagi meredakan kemarahan, secara tidak langsung mengelakkan gaduh berpanjangan.
"Tips Diana selalu ingatkan hal kematian macam umpama,kalau nak bergaduh je dengan abang hari ini,kalau terjadi apa-apa kepada dia kejap lagi, dah tak jumpa lagi. Jadi kemarahan tu akan hilanglah."tegasnya.
Sebagai rekod, Zamarul pernah melafazkan cerai terhadap isterinya pada 14 Januari 2015 jam 1.40 pagi di kediamannya.
Sebulan kemudian, Zamarul kembali bersama selepas melafazkan rujuk secara lisan di rumah mereka.