Hiburan

Diana Rafar Imbau Detik Zamarul Hisham Lafaz Cerai & Perjalanan Mula Pakai Tudung - “Satu Persatu Nikmat Allah Tarik...”

gempak
Asyikin Mayudin
31/07/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Diana Rafar Imbau Detik Zamarul Hisham Lafaz Cerai & Perjalanan Mula Pakai Tudung - “Satu Persatu Nikmat Allah Tarik...”
Pelakon dan penyanyi Diana Rafar mengimbau detik ketika suaminya, aktor Zamarul Hisham melafazkan cerai terhadapnya pada Januari 2015.

Sukar Berjalan

Menerusi temu bual di TikTok Hijabista, Diana mengakui dia berasa sukar untuk berjalan disaat mendengar suaminya melafazkan talak.

“Hari yang abang (Zamarul) lafaz, saya jalan tak pijak bumi. Saya tak pernah kongsi benda ini. Masa dia lafaz ja, barulah saya faham ‘oh ini ke yang Allah sebut tiang Arash bergegar. Memang dekat bumi ini bergegar ke’.

“Saya rasa memang gegar dan tak boleh nak jalan… tak boleh pijak bumi, pegang dinding. Rasa seperti nak mati, sakit. Dia steady… yela, kita perempuan emosi kan masa itu,” katanya.

Kena Serangan Anxiety

Pada perkongsian yang sama, Diana turut mendedahkan dia mengalami sesak nafas dan seperti diserang anxiety sehingga terpaksa menjual perniagaannya ketika itu.

“Lepas itu saya diuji sakit, tak boleh bernafas, tak boleh jumpa orang, takut nak mati… lebih kurang macam anxiety la kan. Tutup spa, tutup terapi… tinggal pesakit saya, semua jual saya punya spa.

“Satu persatu nikmat Allah tarik. Job tak ada, duit tak ada, laki pun tak ada, kita pun tak jumpa keluarga. Dia tarik segala nikmat, masa itu saya belum berhijab lagi,” ujarnya lagi.
Biarpun sudah berpisah ketika itu, Diana memberitahu Zamarul memintanya untuk memakai tudung supaya segala masalahnya dapat diselesaikan namun hatinya masih berbolak-balik.

Pakai Tudung

“Tapi satu saja abang sound, abang cakap ‘cuba mama pakai tudung’. Walaupun dah cerai masa itu, dia minta ’cuba mama pakai tudung, papa rasa kalau mama pakai tudung, selesai semua masalah’.

“Lepas dia tegur tu, terus pakai tudung tapi masa itu tak ikhlas, tapi paksaan. Bila pakai, slowly saja dia rasa macam datang rezeki itu datang balik. Malu pula tak pakai tudung. Ada dah pakai tudung tiga hari, empat hari buka balik.

“Pakai dan buka balik… buka masa pergi show, hak milik kekal balik ini. Abang terkejut saya dah buka tudung, kau lawan kuasa Allah, kau pergi show buka tudung. Tapi saya kata tak apa orang tak nampak sebab show orang tak tahu,” kongsinya.
Bagaimanapun, hati Diana mula ikhlas untuk memakai tudung selepas menyedari kesilapannya dan selepas itu juga perasaan ketenangan juga datang sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Zamarul Hisham Tak Berahsia! Mesej Di Instagram & Password Bank Pun Isteri Tahu - “Sebab Saya Berdasarkan Kepercayaan”

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Rafar, Zamarul Hisham dan Afyaa Santuni Selebriti Veteren Menerusi Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0

ARTIKEL BERKAITAN: Zamarul Hisham Masih Terima Mesej Berbaur Godaan - “Pelik Juga, Sekarang Ramai Minat Suami Orang”

“Sampai macam itu… tapi saya rasa balasan Allah. Tapi Allah tak zalimlah maksudnya nasib baik tak balasan apa-apa. Nasib dapat hidayah itu balik. Masa itu yang saya rasa macam keikhlasan datang balik.
@hijabistamy “Rasa dunia bergegar, kaki tak pijak di bumi” Ditimpa ujian berat, @dianarafar pernah mengalami rezeki ditarik satu persatu. Begitulah komen Diana ketika ditemui di acara #daripoketartiskepoketartis tempoh hari. #hijabistamag #iamhijabi #hijabista ♬ original sound - Hijabista, KL MY
“Malunya dah pakai tudung seminggu, aku buka aku pergi show. Lepas itu orang tak nampak, nak tunjuk dekat siapa ni. Kerana nak kejar duit show, bila Allah sentap hati saya balik, masa itulah datang keikhlasan yang saya reda.
“Saya tak berlakon ke, tak ada show ke, saya tenang cara ini. Barulah rasa nikmat berhijab itu seikhlas hati kita,” katanya.
Untuk info, Diana dan Zamarul pernah bercerai talak satu pada 14 Januari 2015. Selepas sebulan bercerai, pasangan itu mengesahkan mereka sudah rujuk semula.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024