Viral

Didakwa Bercinta Dengan Gadis Bawah Umur, Ini Komen Erry Putra! - “Saya Kenal Dia Ketika Di…”

Umirah Halim
08/02/2024
09:00 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Bercinta Dengan Gadis Bawah Umur, Ini Komen Erry Putra! - “Saya Kenal Dia Ketika Di…”
Pelakon dan penyanyi, Erry Putra menepis dakwaan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis bawah umur yang berusia 16 tahun.
Menurut Erry atau nama sebenarnya Muhammad Razlan Hamzah Ahmad, 46, dia hanya menganggap gadis itu sebagai peminat biasa dan mengenali gadis berkenaan menerusi sebuah acara di Pulau Pinang.
"Saya tak pernah bercinta dengan mana-mana gadis bawah umur. Saya kenal gadis tersebut sewaktu ada sebuah acara di Pulau Pinang.

Berita Trending: Erry Putra Nafi Ciplak Lagu 'No No No' Kelly Azman, Beli Demo Dari Buskers Harga RM3,000! - “Saya Tak Tahu, Tak…

"Selama 10 hari acara berlangsung di sana, hampir setiap hari dia datang. Kami berkenalan dan ada ambil beberapa gambar bersama.
"Kami juga ada berkomunikasi menerusi Instagram. Tetapi saya tidak pernah memberikan nombor telefon saya kepadanya.
"Disebabkan jarak umur kami yang begitu jauh, saya hanya menganggap dia seperti anak dan peminat saya,” katanya ketika ditemui Gempak.
"Sebelum ini, tular di aplikasi TikTok mengenai seorang gadis yang telah berkongsi foto-foto mesranya bersama Erry sehingga mencetuskan persoalan mengenai hubungan mereka.
Malah ketika ditanya oleh netizen mengenai hubungan mereka, gadis tersebut seolah-oleh mengiakan dan memberi bayangan bahawa mereka sedang bercinta. Setakat artikel ini ditulis, hantaran gadis tersebut telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 2.5 juta di aplikasi TikTok.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar