,
Hiburan

Erry Putra Nafi Ciplak Lagu 'No No No' Kelly Azman, Beli Demo Dari Buskers Harga RM3,000! - “Saya Tak Tahu, Tak Pernah Dengar Pun ...”

Umirah Halim
07/02/2024
10:05 MYT
Penyanyi dan pelakon, Erry Putra nafi dakwaan memplagiat lagu No No No yang dinyanyikan oleh selebriti versatil, Kelly Azman. Kata Erry, dia mendapat demo lagu tersebut daripada pihak ketiga dan tidak tahu menahu langsung bahawa lagu tersebut telah dikeluarkan oleh Kelly pada 2016. “Saya mendapat demo lagu tersebut daripada seorang budak buskers ini, dia menjual lagu demo yang telah dinyanyikan oleh nya dan menjual demo tersebut dengan harga RM3,000 kepada saya. “Jadi, saya memang tak pernah tahu dan tak pernah dengar pun lagu Kelly, lepas saya keluarkan posting promo lagu tersebut, tiba-tiba ada ramai mesej cakap saya viral sebab ciplak lagu dia," katanya ketika ditemui Gempak. Dalam pada itu, Erry, 46 turut meluahkan rasa berangnya apabila telah dituduh semberono oleh Kelly Azman tanpa berbincang terlebih dahulu bersama pihaknya. “Saya geram lah sebab kena tuduh tiba-tiba patutnya dia tanya saya dulu kenapa kau ambil lagu aku bukan kenapa kau ciplak lagu aku sebab sekarang ini semua orang akan anggap saya menciplak. “Sekarang ini, saya pun tidak pasti sama ada pihak ketiga yang menjual lagu itu kepada saya yang bersalah atau pun macam mana. “Saya pun tak sempat lagi nak berjumpa dengan Kelly dan juga budak buskers yang menjual lagu itu. “Sebelum ini Kelly pernah menghubungi saya tetapi ketika dia cuba menghubungi saya sebelum ini saya memang tengah busy shooting di Bukit Fraser, jadi line memang takde disitu.

Berita Trending: Kelly Azman Naik Hantu Ada Artis Plagiat Lagu 'No ...

“Tapi semalam saya ada tanya Kelly untuk berjumpa dengan dia tetapi katanya dia sedang berada di Singapura,” tambah nya lagi. Dalam pada itu, Erry turut menepis dakwaan yang isu berebut lagu ini adalah sekadar gimik atau ‘marketing untuk menagih publisiti. Sebelum ini, Gempak pernah melaporkan tentang isu panas dimana Kelly Azman mendakwa Erry Putra mengambil lagu ‘No No No’ itu dan hanya sekadar menukar melodi dan beberapa baris lirik lagu. Sekadar info, lagu yang dikeluarkan Erry Putra bertajuk Oh No Sayang Versi Studio ini baru sahaja dilancarkan semalam menerusi platform Youtube.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Nurfaizah Sebak Dengarkan Lagu 'Mencintai Cinta' Nukilan Allahyarham Rudy Imran - "Rakam Dulu Takut Nanti Tak Sempat"

gempak
21/11/2024
21:55 MYT
Sesi pra-dengar album terbaharu 'Janji' Dayang Nurfaizah bertukar pilu apabila lagu berjudul 'Mencintai Cinta' hasil nurkilan Allahyarham Rudy Imran diputarkan kepada rakan media.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Viral

Suami Gubahkan Lirik Lagu Buat Kieda Crepe - "Masya-Allah, Buatkan Saya Menangis"

gempak
18/11/2024
12:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe kembali menjadi tumpuan warganet apabila suaminya, Amy, menghadiahkan sebuah lagu khas untuk isterinya dengan lirik yang diubah bagi menyuntik semangat.
Hiburan

"Ada Peminat Keliru, Ingat Saya Berdarah Latin" - Agy

gempak
17/11/2024
13:55 MYT
Mungkin ramai yang tidak sedar dengan bakat nyanyian yang dimiliki oleh Agy, pempengaruh yang terkenal dengan konten-konten video menarik di beberapa akaun media sosial miliknya.
Hiburan

Belasungkawa: Berpulangnya Komposer 1,000 Karya & Bapa Lagu Raya, S. Atan Pernah Pesan: “Jika Saya Sudah Tiada…”

gempak
16/11/2024
22:53 MYT
S Atan meninggal dunia kerana sesak nafas.
Unitar