Berita

Didakwa Ceroboh Rumah Bekas Isteri & Beri Ancaman Maut, Jason Lo Ditahan Bantu Siasatan

Fiza Kamarudin
16/05/2019
16:00 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Ceroboh Rumah Bekas Isteri & Beri Ancaman Maut, Jason Lo Ditahan Bantu Siasatan
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif telco dan ahli muzik tempatan, Jason Lo ditahan pihak polis kerana didakwa menceroboh rumah bekas isterinya.
Difahamkan, Jason ditahan antara pukul 5.30 petang dan 7 malam, selepas dipanggil untuk disoal siasat di Balai Polis Hulu Kelang pada Khamis.
Menurut sumber, pihak polis sedang menyiasat individu tersebut di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan, selepas menceroboh rumah bekas isteri dan mengeluarkan ancaman maut.
Bapa kepada tiga anak itu juga didakwa telah memecahkan pintu hadapan rumah bekas isterinya sebelum berlaku pertelingkahan dan kekecohan.
Bagaimanapun, kekecohan tersebut berakhir selepas pengawal keselamatan yang mendengar pertelingkahan bekas pasangan suami isteri itu campur tangan.
Jason juga memiliki rekod jenayah lampau melibatkan penyalahgunaan dadah dan keganasan rumah tangga.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asst. Comm. Fadzil Ahmat, ketika dihubungi mengesahkan, ada penangkapan dilakukan.
"Ya, ada kes pencerobohan,” katanya.
Pemuzik tersebut ditahan reman selama empat hari oleh polis untuk membantu siasatan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar