Berita

Didakwa Cubit Paha Anak Jagaan Sampai Lebam, Pengasuh Ditahan Polis

Gempak
06/07/2024
21:55 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Cubit Paha Anak Jagaan Sampai Lebam, Pengasuh Ditahan Polis
Seorang pengasuh ditahan pada Sabtu dipercayai mengasari kanak-kanak di sebuah taska dekat Putra Perdana, Sepang.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, laporan polis dibuat seorang wanita yang mendakwa anaknya berusia dua tahun dikasari di taska berkenaan.

Cubit

"Kanak-kanak lelaki berkenaan kemudiannya menerima rawatan di sebuah klinik di Putra Perdana.
"Pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam pada paha kanan mangsa yang dipercayai dicubit," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Dera Anjing, Pendera Rupa-Rupanya Figura Terkenal, Penyelamat Pula Dituduh Menculik? - "Padahal Dia Yang Rela ..."

ARTIKEL BERKAITAN: "Punyalah Jaga Macam Anak, Nak Jentik Pun Tak Sampai Hati" - Intan Najuwa Simpati Nasib Haiwan Didera, Mohon Jaga Penuh Kasih Sayang

ARTIKEL BERKAITAN: Suami, Isteri Disyaki Dera Anak Angkat Hingga Mati Disambung Reman

ARTIKEL BERKAITAN: Aktor Terkenal India Ditangkap, Disyaki Dera Peminat Sampai Mati Kerana Komen Di Media Sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Plot Twist! Tuduh Bekas Suami, Areum Ditahan Dera, Beri Anak Dadah

Katanya, siasatan dijalankan dan membawa kepada tangkapan suspek yang merupakan pengasuh di taska terbabit.
"Suspek berumur 25 tahun itu ditahan di tepi Jalan Labohan Dagang-Nilai untuk siasatan lanjut berkaitan kes.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

Sumber: Sinar Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar