Berita yang mengejutkan datang daripada industri K Pop apabila Dispatch melaporkan bekas anggota T-ara, Areum ditahan polis kerana melakukan penderaan terhadap anaknya.

Ironi, Areum sebelum ini mendedahkan malah membuat bekas suaminya yang dikenali sebagai Mr. A ditahan kerana mendakwa lelaki tersebut melakukan penderaan terhadap anak mereka.

Namun selepas siasatan dijalankan, Mr. A dilepaskan sebelum Areum dan ibunya ditahan pihak berkuasa atas pertuduhan mendera anaknya yang berusia lima tahun.

BERITA TRENDING: Penyanyi Dedah Bekas Suami Tahi Judi, Kencing & Calit Najis Di Muka Anak

Balai Polis Gyeonggi-do Gwangmyung menerusi kenyataan yang diperoleh media tersebut mendedahkan Areum bukan hanya mendera tetapi dipercayai memberi sedikit dadah kepada anaknya.

Penipuan Areum terbongkar selepas anaknya yang didakwa telah mengalami penderaan daripada Mr. A termasuk dikencingkan pada muka dan dihumban daripada katil yang tidak konsisten.

Pihak berkuasa kemudian meminta bantuan pakar untuk menganalisa anaknya yang mendapati kanak-kanak tersebut tidak didera oleh bapanya tetapi mengalami penderaan daripada ibunya.

PILIHAN PEMBACA: Lelaki Ini Raih Lebih RM600,000 Sebulan Dengan Seludup Dadah – “Semua Sebab…”

Ekoran maklumat terkini, polis menahan Areum dan ibunya atas dakwaan mendera dan mengabaikan kanak-kanak tersebut.

Mereka juga diperintah untuk tidak berada dalam jarak 100 meter daripada kanak-kanak tersebut sama ada di rumah atau sekolah.

Areum dan Mr A bercerai pada Disember tahun lalu.

PILIHAN PEMBACA: Dokumentari Burning Sun Dedah Fakta ‘Red Room’, Pengunjung Wanita Diberi Dadah, Diperkosa

BERITA TRENDING: Ahli Silap Mata David Copperfield Dituduh Beri Dadah, Perkosa 16 Wanita


Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.