Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Didakwa Lewat 'Call Time', Kamal Adli Nafi Tak Berdisiplin - "Saya Dah 15 Tahun Dalam Industri..."

Khairil Khusyairi 08/08/2024 | 12:23 MYT
Aktor Kamal Adli menafikan dakwaan dia sering lewat tiba ke lokasi tertentu atau set penggambaran.
Bercakap kepada Gempak, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, berkata, dia berdisiplin dalam menghormati waktu ‘call time’ biarpun sudah 15 tahun berkecimpung dalam industri.
“Eh tak ada, saya sudah 15 tahun dalam industri, saya rasa perkara ini tiada masalah.
“Saya tiada masalah dengan call time, saya tahu.
“Contoh jika call time pukul 8 pagi, jadi saya maklum pada semua yang saya takkan sampai pada pukul 8 sebab saya tak bersarapan,” katanya.
Kamal ditemui pada sidang media dan tayangan perdana filem Takluk: Lahad Datu di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Jelas aktor berusia 38 tahun itu lagi, dia juga tiada masalah dalam mematuhi waktu ke set penggambaran.
“Saya juga tidak bersolek, rambut juga dah siap, saya hanya pakai baju dan shoot.
“Saya sampai, baca skrip dan terus masuk set. Saya rasa benda ini tiada isu, ia perkara lama.
“Siapa yang bekerja dia tahu, tiada apa pun. Saya okey saja,” jelasnya.
Takluk: Lahad Datu menampilkan Kamal Adli yang memegang watak Jai sebagai anggota polis.
Takluk: Lahad Datu yang diinspirasikan dari kisah benar turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Anding Indrawani, Eman Manan, Riezman Khuzaimi, Josiah Hogan, Ayez Shaukat, Fad Anuar dan ramai lagi.
Filem yang bakal ditayangkan 22 Ogos ini dijangka memberikan impak mendalam kepada penonton dengan kisah keberanian dan semangat perjuangan yang ditonjolkan oleh wira-wira negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose Dedah Wajah Hawra Uqaira, Bakal Kongsi Kehidupan Bergelar Ibu Di ‘Oh Baby Kamal & Uqasha’

#pelakon #Kamal Adli #Penggambaran #berdisiplin #bermasalah #Call time #Takluk Lahad Datu
;