Hiburan
Didakwa Pukul Pejalan Kaki Sehingga Patah Gigi, San E Mohon Maaf
Rapper Korea, San E didakwa telah menyerang seorang pejalan kaki dengan telefon bimbitnya sehingga menyebabkan gigi patah.
San E atau nama sebenarnya Jung San, 39, bagaimanapun menyatakan hasratnya untuk memohon maaf secara peribadi kepada mangsa.
"Saya menundukkan kepala dan memohon maaf kepada mangsa dalam kes serangan saya baru-baru ini.
"Saya terpaksa menyampaikan permohonan maaf ini melalui kenyataan rasmi terlebih dahulu, tetapi saya ingin memohon maaf secara peribadi. Saya minta maaf kepada semua yang kecewa dengan tindakan saya”, kata San E melalui wakil undang-undang di Firma Guaman Gwangya pada Isnin.
San E dilaporkan telah menyerang seorang pejalan kaki selepas menyuruhnya meletakkan basikal dengan betul di sebuah taman di daerah Mapo, barat Seoul, Korea Selatan.
Kejadian itu menyebabkan campur tangan pihak polis sebelum kedua-dua pihak dihantar pulang.
Menurut polis, kedua-dua pihak telah didakwa kerana menyerang antara satu sama lain dan keterangan dari mereka tidak sepadan.
Dalam pada itu, wakil pihak pengurusan San E difahamkan enggan mengulas lanjut berhubung insiden yang berlaku.
“Maaf, kami tidak ingin mengeluarkan sebarang komen berkenaan isu ini”, katanya.
Sekadar info, San E telah melakukan debut pertamanya pada tahun 2010 di bawah agensi JYP Entertainment dengan lagu pertamanya “Everybody Ready?”.
BERITA TRENDING: Tendang ‘Hantu’ Sampai Patah Rahang, Lelaki Hebat Karate Kalah Saman Taman Tema
BERITA TRENDING: Disangka Mati, Isteri Terkejut Suami Pulang Ke Rumah
BERITA TRENDING: Sedia Berkahwin Lepas Tamat Pengajian, Leona Mahu Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa - "Saya Hanya Nak Menjadi Seorang Ibu"
BERITA TRENDING: Dedah Diri 'Buat Muka', Zarina Anjoulie Minta Orang Ramai Doakan Fatiya Latiff - "Doa Yang Baik-Baik"
Selepas berjaya dalam kerjayanya, dia muncul sebagai salah seorang juri dalam rancangan hip-hop terkenal "Show Me The Money" musim ketiga.