Hiburan
Didakwa Sedang Jalin Hubungan Istimewa, Ini Respons Agensi Jihyo TWICE & Yun Sung Bin
Agensi Jihyo TWICE dan Yun Sung Bin secara rasmi memberi respons terhadap khabar angin yang mendakwa artis di bawah naungan mereka, Jihyo TWICE dan Yun Sung Bin kini sedang menjalinkan hubungan cinta.
Peribadi
JYP Entertainment, yang merupakan agensi bagi Jihyo dalam satu kenyataan berkata: “Sulit untuk mengesahkannya kerana ini adalah hal peribadi (artisnya). Kami meminta pengertian anda,” kata kenyataan tersebut.
Sementara itu, All That Sports pula berkata: “Disebabkan dia (Yun Sung Bin) bukan lagi atlet yang aktif, kami tidak mengatur hal peribadinya. Agak sukar untuk sahkan,” kata All That Sports.
Sebuah platform berita Korea sebelum ini melaporkan Jihyo dan Yun Sung Bin, yang pertama kali bertemu melalui seorang kenalan, menjadi dekat kerana berkongsi minat dalam bersenam. Difahamkan, mereka berdua telah berpacaran selama setahun.
Beza usia tiga tahun
Lahir pada1997, Jihyo memulakan kariernya sebagai anggota TWICE pada tahun 2015. Tahun lalu, Jihyo melancarkan album debut solonya Killin’ Me Good.
Sementara itu, Yun Sung Bin pula lahir pada 1994 dan merupakan mantan atlet skelton yang menjadi individu Asia pertama merangkul pingat emas menerusi Winter Olympics 2018.
Selepas bersara, Yun Sung Bin kini berkarier sebagai pencipta kandungan dan memiliki saluran YouTube sendiri.
Untuk rekod, kedua-dua bintang ini pernah muncul menerusi program variety Home Alone (I Live Alone) di saluran MBC.
Sumber: Soompi