Viral

Didik Anak Jangan Membazir, Netizen Puji Cara Maryam Younarae ‘Pujuk’ Rina Diana Menangis Nak Patung Lagi - “Kalau Nak Beli 10 Pun Mampu, Tapi Dia…”

Asyikin Mayudin
19/09/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Didik Anak Jangan Membazir, Netizen Puji Cara Maryam Younarae ‘Pujuk’ Rina Diana Menangis Nak Patung Lagi  - “Kalau Nak Beli 10 Pun Mampu, Tapi Dia…”
Perkongsian video memperlihatkan pelakon dan pempengaruh Maryam Younarae memarahi anaknya iaitu Rina Diana supaya tidak membazir membeli patung permainan telah menarik perhatian netizen di laman Instagram.

Ajar beli satu

Menerusi video itu, Rina dilihat sedang menangis di hadapan sebuah kedai kerana mahu membeli satu lagi anak patung, namun dihalang oleh ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Dituduh Buat Lawak 'Double Meaning', Maryam Mohon Maaf - "Saya Dah Tegur Dia"

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Suami Dikecam, Netizen Dakwa Maryam Durian Kimchi Sombong - “ Haritu Jumpa Kat Mall..”

ARTIKEL BERKAITAN: Maryam Durian Kimchi Biasakan Ajar Anak Berdikari - “Dia Jatuh Saya Biarkan Sahaja, Lepastu Tanya Gwenchana?”

ARTIKEL BERKAITAN: “Mula Mula Saya Tak Faham Kenapa Orang Kata Rindu…” - Maryam Sebak, Tak Sabar Nak Tunai Umrah

Maryam berkata, Rina hanya dibenarkan membeli satu barang sahaja dalam masa sehari.
Kata isteri kepada pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim, itu merupakan cara dia mendidik anaknya supaya tidak membazir wang membeli perkara yang tidak bermanfaat.

Netizen puji

Rata-rata memuji tindakan Maryam mendidik anaknya biarpun dia dan suaminya sememangnya mampu untuk membeli apa sahaja untuk puteri kesayangannya.

“Kalau nak beli 10 pun dia mampu. Tapi dia ajar bagi anak faham. Dalam hidup ni tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat.

“Konten yang sangat bagus. Nak didik anak biar dari kecil. Biar mereka tahu bezakan bila parent berduit dan bila tak berduit.
“Bagus cara didikan dia. Dengan anak-anak sekali kita 'lemah' dengan taktik dia akan berulang-ulang. Boleh rosak budak tu lama kelamaan dek ibu bapa yang tak tegas,” komen beberapa netizen.
Sekadar info, Maryam dan Ryzal mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2019 dan hasil perkahwinan dikurniakan cahaya mata perempuan, Rina Diana yang kini berusia dua tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024