Laman Utama
Dihina Mandul, Dipanggil Pu*****! Elizad Buat Laporan Polis - "Kau Tahu Tak Aku Struggle Nak Mati... Susah Payah Nak Dapatkan Anak"
Tindakan biadab seorang pengguna Facebook yang menulis komen dan memuatnaik status berbaur penghinaan terhadap Siti Elizad mengundang padah!
Elizad tampil membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil pada pukul 8.10 malam tadi terhadap pelaku yang menggunakan nama Zain Rashdan berhubung perkara terbabit.
"Pertamanya, jarang-jarang aku ni melayan komen-komen 'bodoh' macam ni. Tapi bila kau menggunakan perkataan mandul, it really hurts me so bad.
"Kau Allah ke? Tahu ke aku ni mandul ke tak? Boleh beranak ke tak?! Menggigil dan terketar tangan ni. Jantung rasa nak tercabut, sedih teramat sangat! Kau suka ke kalau tengok aku ni bercerai berai sebab aku belum ada zuriat?!" tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Zain Rashdan terlebih dahulu meninggalkan komen menerusi artikel yang dimuatnaik di laman sosial sebuah portal hiburan tempatan selain turut mengemaskini status Facebooknya dengan menghina pelakon dan juruhebah radio itu.
Tulis Zain; "Sama-sama kita doakan Elizad dapat zuriat walaupun Elizad sendiri tak solat tak tutup aurat... Jom aminkan p******. Amin."
Dalam pada itu, kata Elizad, tindakan pengguna itu melampau dan kata-kata yang dilemparkan terhadapnya berunsurkan fitnah.
"I'm crying while I text this caption. Kau tahu ke aku ni solat ke tak? Pernah bekerjasama dengan aku ke? Bersedekah? Bangun solat malam? Mengaji, pakai telekung, atas sejadah, segala amalan perlu diupload ke?!
"Lain orang lain caranya, I don't need any stupid attention! I'm happy with my life. Dapat anak ke tak, itu kerja Allah.
"Cuma, no one can say that 'mandul' word to me!. Kau tahu tak aku struggle macam nak mati nak mendapatkan zuriat sendiri?! Hari-hari dalam solat menangis-nangis, minta pada Allah jangan biarkan aku keseorangan tanpa zuriat! Menangis kecewa sebab tak ada peneman umur dah macam ni," katanya.
Tambah Elizad dia dan suami telah berusaha sedaya upaya dan tidak putus ikhtiar untuk mendapatkan zuriat yang diidamkan setiap pasangan suami isteri.
"Aku ni bertahun berjumpa segala doktor pakar, pergi seluruh pelusuk berubat, cucuk sana sini, sakit tahu tak? Sakit!
"Yang kau, senang-senang p******kan aku dan cakap aku mandul! Apa aku rasa? Family aku rasa? Orang yang tahu dan nampak je aku bersusah payah berulang alik, tahan sakit nak mendapatkan anak! Kau simply boleh cakap aku mandul dan p******?
"Jarang aku ambil port dan maafkan orang. But not this time. Luluh hati ini, sedih sangat-sangat. Tuhan je tahu. Saya dah buat laporan polis. Zain Rashdan, kau cuit salah orang," ujarnya.
Elizad sebelum ini mengalami keguguran sekitar November tahun lalu selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada Oktober tahun sama.
Untuk rekod, Elizad dan suami, Shamsul Baharin Abdul Rahman telah mendirikan rumah tangga selama lima tahun.