Hiburan
Dikatakan Bakal Ambil Alih Gelaran Ratu Etnik Kreatif Malaysia, Aisha Retno Tidak Menolak Tapi…
Penyanyi berbakat besar, Aisha Retno tidak menolak sekiranya satu hari nanti dia bakal ‘memakai’ mahkota Ratu Etnik Kreatif Malaysia.
Terlalu Awal
Namun buat masa sekarang, pelantun lagu Sutera itu beranggapan masih terlalu awal jika dia mahu mengambil gelaran tersebut memandangkan baru sahaja mempunyai tiga buah lagu yang bergenre tradisional.
“Sebenarnya saya takut, bukan saya nak tolak kenyataan itu tapi jika ada yang bertanya saya akan cakap belum layak lagi.
“Saya baru ada tiga lagu yang bergenre tradisional dan kalau ada rezeki saya nak hasilkan album tradisional-moden.
“Daripada situ kita lihat macam mana sebab saya pun masih lagi mencari genre sesuai,” katanya kepada Gempak.
ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik Hasilkan Lagu Berdialek Kelantan, Aisha Retno Kekal Tenang, - “Ramai Yang Tak Tahu Sebenarnya Bapa…”
ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Main Sihir? Aisha Retno Dakwa 'Diganggu' Senior Sepanjang Bertanding - "Saya Sedih, Sempat Mengidolakan ..."
Untuk rekod, lagu Aisha yang bergenre tradisional adalah Sutera, Ketipak Ketipung Raya dan Samudera.
Samudera merupakan lagu terbaharu yang ditulis dan digubah sendiri oleh Aisha bersama Glowrush dan Shanekennedy.
Jika sebelum ini lagu Sutera membawa elemen muzik Jawa, Untuk Samudera Aisha nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 24, cuba mengangkat dialek Kelantan dan kesenian makyung.
Sejak dilancarkan pada 13 September lalu, Samudera telah distrim sebanyak 59,000 dilaman Youtube.