,
Hiburan

Dikritik Hasilkan Lagu Berdialek Kelantan, Aisha Retno Kekal Tenang, - “Ramai Yang Tak Tahu Sebenarnya Bapa…”

Asyraf Roslan
26/09/2024
06:55 MYT
Penyanyi dan komposer, Aisha Retno akui timbul sedikit kontroversi sejak dia melancarkan lagu terbaharunya iaitu Samudera.

Darah Pantai Timur

Mana tidaknya, kebanyakan peminat hanya mengenali dia mempunyai pertalian darah Indonesia di sebelah keluarga ibunya.
Apabila single itu dilancarkan, timbul tanda tanya dalam kalangan pendengar mengapa pelantun lagu Sutera itu cuba mengangkat karya yang mempunyai dialek Kelantan dan kesenian makyung.
Tidak melatah dengan kritikan tersebut, Aisha menjelaskan bahawa dengan adanya lagu Samudera dia mahu orang Pantai Timur lebih mengenali dirinya sebagai anak jati Besut, Terengganu.
“Orang tahu saya orang Jawa, jadi mereka seperti mempersoalkan kenapa saya nak bawa lagu yang ada irama klasik pantai timur.

“Sebenarnya ramai yang tak tahu bapa saya berasal dari Besut, jadi saya mahu menghormati budaya Kelantan dengan penghasilan lagu ini, cuma tak sangka pula ia mencetuskan kontroversi.

“Jadi jangan risau, saya sebenarnya memang ada darah Kelantan. Jadi saya buat lagu ni untuk anda semua,” kata Aisha kepada Gempak sidang media pelancaran lagu Samudera pada Selasa.
Pemilik nama Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 24 juga mengharapkan dengan adanya lagu Samudera dia akan dapat menarik peminat dari Pantai Timur.

ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Main Sihir? Aisha Retno Dakwa 'Diganggu' Senior Sepanjang Bertanding - "Saya Sedih, Sempat Mengidolakan ..."

ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Pertama Kali Tercorot & Hampir Tersingkir, Aisha Retno Menangis Kecewakan Peminat - "Memang Tak Seronok Diumumkan ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"

Tidak sepenuhnya dialek Kelantan

Meskipun mahu mengangkat elemen muzik klasik Kelantan, bekas peserta The Hardest Singing Show (THSS) ini mempunyai alasan tersendiri mengapa tidak mencipta lagu Samudera sepenuhnya di dalam bahasa negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
“Saya memang sengaja buat sedikit-sedikit.

“Sebab saya bukan sahaja nak tarik peminat dari Pantai Timur untuk dengar, malah saya juga ada peminat dari Indonesia jadi saya nak mereka pun boleh dengar dan memahami.

“Kalau saya cipta sepenuhnya dalam bahasa Kelantan nanti saya takut mereka agak sukar untuk terima,” ujarnya.
Samudera merupakan lagu terbaharu yang ditulis dan digubah sendiri oleh Aisha bersama Glowrush dan Shanekennedy.
Samudera didedikasikan kepada wanita dan penceritaan lagu tersebut diinspirasikan daripada legenda Hikayat Cik Siti Wan Kembang. Sejak dilancarkan pada 13 September lalu, Samudera telah distrim sebanyak 59,000 dilaman Youtube.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jefri Nichol Dedah Bahagian Tubuh Wanita Yang Buat Dirinya Turn On, Okay Tiduri Kekasih Sebelum Kahwin

gempak
13/11/2024
14:55 MYT
Aktor Jefri Nichol baru menimbulkan sensasi apabila mengaku sudah tidur dengan lebih 20 wanita meski belum pernah berkahwin.
Hiburan

Tiket Pra-Jualan Konsert Rossa Di Axiata Arena Tahun Depan Sold Out Dalam 3 Jam!

gempak
13/11/2024
07:16 MYT
Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Sri Rossa mencipta sejarah sekali lagi apabila tiket pra-jualan Konsert Here I Am yang dibuka pada 11 November 2024, jam 3 petang secara eksklusif di platform Ticket2U telah habis dijual dalam masa 3 jam sahaja.
Hiburan

8 Artis Popular Malaysia & Indonesia Kongsi Pentas Untuk Nyalafest 2024! - "Persembahan Noh Salleh x Restoe Iboe Akan Beri Kejutan"

gempak
13/11/2024
07:04 MYT
Bukan sekadar konsert, festival muzik, Nyalafest 2024 bakal menggabungkan lapan artis terkenal dari dua negara, Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini.
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Hiburan

Akui Terkesan Dengan Pembatalan Konsert, Aisha Retno Kekal Positif - “Orang Diluar Sana Tidak Mahu Tahu Apa Masalah Yang Kita Hadapi”

gempak
11/11/2024
21:55 MYT
Menurut pelantun lagu Samudera itu, situasi yang dihadapinya kini sangat sukar namun dia harus bersikap profesional apabila mahu tampil membuat persembahan.
Unitar