Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Dikatakan Gambar Lucah Tersebar, Ini Cara Terbaharu Scammer Umpan Mangsa Untuk Kaut Data Peribadi

Firdaus 01/08/2024 | 05:55 MYT
Aktiviti penipuan secara atas talian bukanlah satu jenayah yang baru berlaku dalam negara ini.

Scam Menerusi DM

Menggunakan pelbagai modus operandi, kali ini tular di Platform X cara terbaharu 'scammer' menipu mangsa dengan menghantar pesanan menerusi direct message (DM) di Instagram.
Menerusi tangkap layar yang dikongsikan, dapat dilihat satu individu yang tidak dikenali (scammer) secara rawak menghantar mesej kepada mana-mana pengguna media sosial (mangsa) menyatakan bahawa gambar lucah mereka tersebar secara atas talian.
Jika mangsa memberikan respons terhadap pesanan berkenaan, scammer akan memberikan pautan sebagai umpan untuk menggodam telefon mangsa bagi mengaut data peribadi.

BERITA TRENDING:Pemandi Jenazah Buka Kisah Wanita Hidup Tak Keruan Simpan Baju Mayat Kakak Sendiri Dalam Bantal

​BERITA TRENDING:Remaja Tingkatan 1 Viral Pandu Viva Siap Bawa Penumpang Usia 6 Tahun, Polis Sedang Kesan Ibu & Bapa

​BERITA TRENDING:Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

​BERITA TRENDING:Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

Posting tersebut meraih perhatian ramai netizen di mana rata-ratanya berkongsi pengalaman mereka berhadapan situasi sama seperti yang dikongsikan.
Sekadar info, sejumlah 34,497 kes penipuan dalam talian membabitkan kerugian RM1.218 billion dilaporkan di seluruh negara tahun lepas.
Sumber: Platform X
#Viral #Instagram #Twitter #Scam #Scammer #Lucah #Mangsa
;