Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Dikritik Hebat Sebab Guna Gambar Double Meaning, Syarikat Neelofa Mohon Maaf

Firdaus 28/06/2024 | 13:06 MYT
Susulan dikritik hebat dek kerana menggunakan cara 'marketing' yang disifatkan berbaur lucah, syarikat Nilofa Group yang dimiliki oleh selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa tampil memohon maaf.

Buat Permohonan Maaf

Dalam satu kenyataan yang dibuat di Instagram, syarikat tersebut mengakui kesilapan yang dilakukan serta menerima segala teguran yang diberikan oleh orang ramai.

BERITA TRENDING:Didakwa Guna Gambar Double Meaning Untuk Promote Produk, Imej Berpurdah Neelofa Dipersoal Netizen?

"Kami dengan rendah diri ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat atas kesalahfahaman yang timbul berkenaan dengan produk kami yang telah dipaparkan.

"Kami mengambil maklum pantau tegur daripada masyarakat dan berjanji untuk lebih berhati-hati serta sensitif dalam setiap komunikasi kami pada masa akan datang. Terima kasih atas pengertian dan sokongan anda semua," tulis akaun itu.

A post shared by ISTERIX ?? HANYA UNTUK WANITA (@nilofagroup)

BERITA TRENDING:Bukan Tatu ‘Butterfly’, Ameera Khan Tak Sangka Ada Alergi Inai - “Kulit Saya Mula Terkopek & Berdarah”

Sekadar info, sebelum ini syarikat berkenaan teruk dikritik netizen apabila ia memaparkan beberapa imej objek yang seakan-akan menyerupai alat sulit wanita bagi mempromosikan produk.

BERITA TRENDING:PU Riz Anggap Diri Tak Layak Komen Isu Curang Orang Lain - “Nasihat Saya…”

Selain itu, Neelofa turut dikecam dan imej berpurdahnya mula dipersoalkan oleh wargamaya lantaran daripada cara pemasaran berkenaan.

BERITA TRENDING:Neelofa Terkejut Bilal Mampu Hafal Ayat Pertama Surah Yasin - “Dia Memang Minat, Tak Ada Pun Macam Kita Suruh…”

Untuk rekod, Neelofa melancarkan produk keintiman untuk hubungan suami dan isteri pada September lalu.

#Neelofa #Kontroversi #Selebriti #Lucah #Double Meaning #Syarikat #Nilofa Group
;