Viral

Dipenjara Aniaya & Rog*l Binatang, Lelaki Tidak Suka Jadi Manusia Mahu Jadi Kuda

Maliah Surip
20/10/2024
20:55 MYT
Sponsor Banner
Dipenjara Aniaya & Rog*l Binatang, Lelaki Tidak Suka Jadi Manusia Mahu Jadi Kuda
Kisah sadis Adam Britton yang mempunyai kemahiran mengawal haiwan termasuk buaya menganiaya serta merogol binatang sejak beberapa tahun lalu berakhir apabila dia menerima hukuman penjara.
Lelaki British berusia 53 tahun tersebut dijatuhi penjara 10 tahun oleh mahkamah di Australia selepas didapati bersalah menganiaya, berlaku kejam dan merogol kira-kira 63 ekor haiwan selain memproses produk berkaitan penganiayaan kanak-kanak.
Britton antaranya menganiaya sekitar 42 ekor anjing dan merakam perbuatannya namun memberitahu pemilik mereka bahawa haiwan peliharan yang dihantar ke pusat jagaannya berada dalam keadaan baik.
Namun di sebalik semua bukti yang didedahkan di mahkamah, pengakuan Britton mengenai kehidupan lampau sehingga mendorong dia berkelakuan di luar kewarasan turun mencuri tumpuan.
Lelaki tersebut mengaku insiden dirogol seorang remaja berusia 18 tahun sewaktu mengikuti rombongan ke Perancis membuat dia benci manusia.
Sejak itu dia sentiasa berdoa untuk menjadi haiwan, khususnya kuda.
“Saya dirogol sewaktu berusia 13 tahun oleh budak lelaki 18 tahun. Saya menghabiskan seluruh masa dalam rombongan ke Perancis itu dengan membenci manusia.
“Apa yang saya ingat, saya tidak mahu menjadi manusia lagi. Saya mahu menjadi haiwan. Saya mahu jauh daripada semua masalah ini,” akui Britton seperti dilaporkan DailyMail.
Dia menyambung: “Saya mahu jadi haiwan. Saya mahu jadi kuda. Saya telah ke ladang kuda berhampiran setiap minggu dan jatuh cinta dengan kuda.
“Jadi sejak kecil saya berdoa ‘saya mahu jadi kuda’.”
Lebih jijik apabila dia mengaku telah memakan rambut dan menelan air liur kuda dalam usaha bertukar menjadi haiwan tersebut.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar