Laman Utama

Dipukul Di Sekolah, Raffi Ahmad Sediakan Juara MMA Ajar Anak Bela Diri

Maliah Surip
11/09/2023
14:50 MYT
Sponsor Banner
Dipukul Di Sekolah, Raffi Ahmad Sediakan Juara MMA Ajar Anak Bela Diri
Selebriti terkenal Indonesia, Raffi Ahmad punya cara tersendiri menanggapi isu anak sulungnya, Rafathar selepas dia dipukul rakan di sekolah.
Selain memberi nasihat kepada anaknya agar jangan ‘cari gaduh’, Raffi mempersiapkan anaknya dengan kemahiran bela diri.
Menerusi salah satu hantaran di Instagramnya, Raffi memperlihatkan Rafathar sedang mempelajari seni bela diri daripada seorang guru bela diri.
Dan guru bela diri tersebut bukan calang-calang. Dia adalah atlet Martial Mixed Arts sekaligus juara One Pride MMA, Suwardi.
Suwardi diketahui mengajari Rafathar bela diri dan gerakan asas untuk menghindari pukulan.
Pada kapsyen, Raffi menulis: “Sebagai anak lelaki agar mampu menjaga diri sendiri.”
Hantaran tersebut turut menerima komen daripada Suwardi yang menyifatkan Rafathar sebagai anak murid yang berbakat.
"Semangat Rafathar, sampai ketemu di kelas berikutnya..anak yang berbakat," tulis Suwardi.
Sebelum ini Raffi mendedahkan anaknya telah dipukul di sekolah sehingga membuatkan ibunya, Nagita Slavina menangis. Rafathar bagaimanapun tidak berani melawan.
Justeru itu Raffi menasihatkan anaknya agar berani bertindak apabila perlu untuk keselamatan diri.
BACA: Raffi Ahmad Bagi Duit Nafkah Lebih RM50,000 Sebulan Pada Isteri​
BACA: Isteri Raffi Ahmad Minta Pekerja Wajib Pakai Ubat Ketiak Demi Kenyamanan Bersama
BACA: Dramatis Curangi Isteri Dengan Adik Raffi Ahmad, Mengaku Cacah Tatu Wajah Penyondol Di Belakang Badan: “Ini Ubat”​
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar