,
Laman Utama

Dramatis Curangi Isteri Dengan Adik Raffi Ahmad, Mengaku Cacah Tatu Wajah Penyondol Di Belakang Badan: “Ini Ubat”

Maliah Surip
03/07/2023
09:50 MYT
Kisah dramatis Rendy Kjaernett curang dengan isterinya, Lady Nayoan sudah beberapa minggu menjadi perbualan masyarakat Indonesia.
Kisah Rendy curang dengan wanita bernama Syahnaz Sadiqah dibongkar sendiri oleh isterinya di laman media sosial. Syahnaz adalah adik bongsu kepada selebriti terkenal Indonesia, Raffi Ahmad.
BACA: Didakwa Ada Masalah Fetish & Curang, Virgoun Menangis Minta Maaf Pada Anak Bukan Isterinya
Syahnaz adalah isteri orang dan sudah memiliki anak, begitu juga dengan Rendy yang telah dikurnia dua cahaya mata bersama Lady.
Selepas berdiam diri, Rendy akhirnya tampil mengaku curang dan meminta maaf di atas kelakuan buruknya. Dia bagaimanapun berharap masih dapat menyelamatkan rumah tangga yang dibina.
Sewaktu menjadi tetamu saluran YouTube Curhat Bang Denny Sumargo, Rendy dengan terbuka menjawab beberapa spekulasi mengenai kecurangannya.
Antara yang dijawab dengan jujur oleh Rendy adalah mengenai dakwaan mempunyai tatu dengan wajah Syahnaz pada belakang badannya.
“Ya (wajah Syahnaz),” jawab Rendy seperti dilaporkan Kompas.
Kata Rendy dia mencacah tatu Syahnaz di belakang badannya kerana menyifatkan wanita itu sebagai ubat.
“Saya sakit dan dia ubatnya,” kata Rendy.
BACA: Plot Twist! Nafi Penyondol, Wanita Tuntut Permohonan Maaf Dari Virgoun & Isteri, Jika Tidak...
Lelaki berusia 35 tahun itu juga mengaku mula jatuh cinta dengan Syahnaz selepas sering mengadu masalah yang tidak mahu dikongsikan dengan isterinya.
“Saya ada masalah dan kongsi dengan dia. Hanya dia, jadi lama-lama ada perasaan nyaman dan semuanyalah,” dedah Rendy lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dewi Bukan Warganegara Indonesia Seperti Yang Dinyatakan - “ Saya Orang Malaysia”

gempak
23/10/2024
02:25 MYT
Menurut pemilik nama Emira Delyati Dewi, dia dilahirkan di Malaysia dan mempunyai kad pengenalan diri berwarna biru.
Nusantara

Bekas Vokalis Nidji, Giring Dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia

gempak
22/10/2024
23:50 MYT
Bekas penyanyi Nidji iaitu Giring Ganesha dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih di bawah pimpinan Presiden Prabowo Subianto.
Hiburan

Pelakon Wanita Beli Kapal Layar Mewah Hadiah Ulang Tahun Sendiri

gempak
22/10/2024
08:50 MYT
Tidak mengharapkan mendapat hadiah mewah daripada kekasih atau pihak lain sempena ulang tahunnya, pelakon Prilly Latuconsina membeli sesuatu yang istimewa buat dirinya sendiri.
Hiburan

“Ambil Je La Duda Aku, Aku Sedekah Dekat Sesiapa Yang Memerlukan” - Cik Epal

gempak
22/10/2024
07:36 MYT
Tidak berdiam diri, pempengaruh Cik Epal tampil memberi respons terhadap kenyataan wanita yang didakwa menjalinkan hubungan dengan bekas suaminya, Jofliam iaitu Dewi.
Viral

Jaguh Badminton Taufik Hidayat Dilantik Timbalan Menteri Belia & Sukan Indonesia

gempak
22/10/2024
05:30 MYT
Bekas jaguh badminton Indonesia, Taufik Hidayat dilantik menjadi Timbalan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia atau Timbalan Menteri Belia dan Sukan di bawah pentadbiran Presiden Prabowo Subianto.
BorakSeeni