Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

Disambut Doktor, Jururawat Wanita - Oki Setiana Dewi Kongsi 7 Kisah Proses Kehamilan, Bersalin Anak Ketiga

Syafiqah Jalal 21/12/2017 | 04:15 MYT
Pelakon Indonesia, Oki Setiana Dewi berkongsi pengalaman ketika melalui proses kehamilan dan bersalin anak ketiganya, Ibrahim Muhammad Abdullah yang selamat dilahirkan pada 18 Disember lalu.
Oki menceritakan bagaimana dia melalui detik-detik paling bermakna itu menerusi akaun Instagram (IG)nya pada Selasa.
Bekas juri Gema GegarVaganza ini telah memuat naik tujuh posting mengenai proses tersebut dan disertakan dengan foto-foto yang merakamkam saat melahirkan puteranya.
Menurut Oki, kehamilan kali ini berbeza dengan dua anaknya sebelum ini kerana dia tidak mengalami alahan yang teruk.
Ketika hamil, Oki juga sempat mengikuti pengajian pendek dalam kursus Islam di Australia dan Jerman selain diberi kesempatan menunaikan Haji.
Namun di penghujung kehamilannya, Oki memberitahu dia telah membataskan pergerakannya dan banyak menghabiskan masa di rumah bersama anak-anak.
Bagaimanapun ketika tiba saat kelahiran, Oki dinasihatkan sekali lagi untuk melalui proses bersalin dengan cara pembedahan kerana masalah komplikasi yang dialaminya sejak melahirkan dua orang anak perempuannya sebelum ini.
Oki memberitahu dia perlu menjaga kesihatannya supaya proses pembedahan berjalan dengan lancar.
Dalam pada itu, Oki juga melahirkan rasa syukur kerana segala urusan ketika bersalin dilakukan oleh doktor serta jururawat wanita.
Berikut merupakan tujuh kisah terperinci yang dikongsi Oki:
#pelakon #Pelakon #Oki Setiana Dewi #Oki #Oki Setiana Dewi Bersalin