Berita
Disleksia Bukan Masalah Untuk Saya Bergelar Pelakon - Buntat
Pelakon Muhammad Ariff atau dikenali sebagai Buntat mengakui disleksia atau masalah gangguan pembelajaran bukan halangan untuk dia bergelar sebagai seorang pelakon hebat.
Menurut Ariff, dia memasang cita-cita untuk terus melebarkan bakatnya dalam bidang lakonan meskipun usianya kini masih muda.
"Meskipun saya mempunyai disleksia namun masalah tersebut bukan halangan bagi saya bergelar sebagai seorang pelakon yang mampu untuk membawakan pelbagai watak.
"Bagi watak apa pun boleh dan saya akan cuba untuk membawakannya dengan baik. Watak budak jahat atau budak yang kena buli pun boleh.
"Saya seronok berlakon sebab ada cikgu yang ajar bagaimana untuk membawakan sesuatu watak dengan baik dan dia ada bersama saya ketika pengambaran.
"Ini kerana lakonan merupakan minat saya dan berharap agar akan menerima lebih banyak tawaran supaya bakat yang ada ini tidak akan disia-siakan," katanya kepada Astro Gempak.
Tambah Ariff, dia bakal muncul dengan filem sulung berjudul Jibam yang dijangka menemui penonton pada September depan.
Terdahulu, Ariff berjaya menghidupkan watak Buntat dengan baik menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku hingga mencetuskan fenomena di kalangan penonton pada awal tahun ini.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi