Laman Utama

Dituduh Bergambar Terlalu Rapat Dengan Ustaz Azhar Idrus, Ini Jawapan Uqasha Senrose

Amri Hassan
24/11/2023
00:55 MYT
Sponsor Banner
Dituduh Bergambar Terlalu Rapat Dengan Ustaz Azhar Idrus, Ini Jawapan Uqasha Senrose
"Kalau bergambar dengan orang macam ustaz, ulama, janganlah terlalu rapat. Bagi ada ruang sikit antara kita dan ustaz.
"Hormati mereka dan elakkan dari timbul fitnah," demikian nasihat warganet kepada pelakon jelita Uqasha Senrose menerusi foto yang dimuatnaik bersama pendakwah popular Ustaz Azhar Idrus.
Ditegur kerana jarak yang dikatakan terlalu rapat, Uqasha yang lengkap bertudung dan menyarung jubah berwarna krim tampil menjelaskan situasi sebenar.

BERITA TRENDING: Uqasha Senrose Mohon Maaf, Padam Hantaran Hrithik Roshan Di IG! - "Saya Bukan Liberal, Bukan...

Kata Uqasha, sudut gambar yang dirakamkan pada momen terbabit sebenarnya secara tidak langsung menampakkan kedudukan mereka seperti yang didakwa netizen.
"Orang kanan kiri tolak tolak jadilah tak balance kami berdua ya Allah hai...
"Tak perlu kot mulut tu memandai kalau tak ada dekat tempat tu. Angle dan sisi awak tengok tu nampak macam tu. Saya tahu batas saya ya," jawab Uqasha.
Selain Uqasha, suaminya Kamal Adli turut tampil mengulas situasi berkenaan.
"Sabar yang lain.. kalau rapat sangat saya yang tegur siap-siap dah.. itu camera angle sajaaa.
"Jangan mudah nak menaip tu ye.. kalau rapat sangat pun lari dah ustaz tu.. dah laa cukup laa korang. Apa pun ustaz terbaik.. insya-Allah," tulis Kamal.
Oleh demikian, Uqasha turut memuatnaik hantaran lain daripada sudut berbeza yang menampakkan perbezaan jarak antaranya dan Ustaz Azhar Idrus.
"Ini dari sisi lain, tak nak orang fitnah cakap saya nak rapat tak tentu pasal. Haih macamlah manusia ni," tulisnya.

PILIHAN PEMBACA: Uqasha Senrose Bersuara Dituduh Punca Kematian Wanita - "Ketika Saya Cuba...

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar