Pelakon Uqasha Senrose tampil membuat permohonan maaf terbuka gara-gara memuat naik video promosi konsert Stars on Fire Hrithik Roshan di Instagramnya pada Isnin.

Uqasha, 31, juga bertindak memadamkan hantaran terbabit daripada akaun media sosialnya selepas mendapat kecaman warganet yang melabelkanya liberal.

"Saya minta maaf disebabkan hantaran terbaharu (konsert Stars on Fire Hrithik Roshan) baru-baru ini dan saya dan padamkan hari ini.

"Saya mendapat ribuan komen pada hantaran terbabit, ada yang sifatkan saya tak sensitif dengan keadaan semasa. Jadi nak mohon maaf, bukan kerana tak sensitif tentang isu semasa, tidak... dan saya bukannya nak tegakkan apa-apa pun di sini, salah tetap salah.

"Terima kasih atas teguran yang baik, mana yang kononnya 'done unfollow' itu semua saya tak boleh nak halang. Apapun, saya mohon maaf," tegasnya dalam sesi LIVE di Instagram pada Selasa.

Selain memadamkan hantaran terbabit, Uqasha turut menghubungi penganjur konsert terbabit menjelaskan situasinya dan mencapai kata sepakat.

Akui Uqasha lagi, dia bersedia menerima akibat daripada tindakannya berkongsi hantaran terbabit di media sosialnya.

"Kekhilafan saya, saya teralpa sekejap mungkin kerana saya terlampau minat Hindustan, saya teruja.

"Manusia tak lepas daripada buat kesilapan, saya tak takut dengan mulut orang komen macam-macam, cuma sesiapa yang tegur cara baik, saya hargai dan saya sudah padamkan.

"Saya rasa macam dibuli, saya nak tenangkan hati, saya akui mungkin saya terlepas pandang dan orang fikir saya tak sensitif. Jadi, saya terus padamkan dan jelaskan pada semua orang.

"Saya bukan liberal, bukan neutral, tak takut hilang followers, bukan takut IG kena blocked," jelasnya lagi.

BERITA TRENDING: Uqasha Senrose Bersuara Dituduh Punca Kematian Wanita - "Ketika Saya Cuba...

Dalam pada itu, Uqasha memberitahu dia sekeluarga merupakan pro-Pales*** dan kerap berkongsi hantaran tentang pergolakan Pales*** dan Isr*** di media sosialnya sebelum dipadamkan oleh pengendali Instagram.

"Saya nak perbetulkan di sini ada yang kata saya tak guna medium media sosial untuk sebarkan kesedaran tentang Pales***, setiap hari saya post cuma telah dipadamkan oleh pihak Instagram.

"Perlukah saya nak beritahu semua orang posting saya kena padam? Itulah sebabnya saya hanya kongsikan di Instagram Stories. Setiap hari, tak pernah missed! Saya ambil tahu, saya baca dan nak tahu info terkini.

"Kalau dulu followers saya 5.4 juga sekarang dah drop 5.3 juga disebabkan saya berkongsi berita tentang Pales***, tapi saya tak kisah. Bila post pasal konsert, ramai kata nak unfollow, terserahlah semua ada hak nak follow atau unfollow," tambahnya.


PILIHAN PEMBACA: “Saya Pernah Keguguran… Maksudnya Bukan Tak Boleh Hamil!” - Uqasha Senrose Tidak Terkesan Dengan...

BERITA TRENDING: Sah! Hrithik Roshan Datang Malaysia 1 Disember, Adakan Konsert Stars On Fire Kuala Lumpur

Untuk info, selepas lapan tahun tidak bertandang ke Malaysia, bintang Bollywood, Hrithik Roshan bakal bertemu peminat menerusi konsert Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert di Stadium Nasional pada 1 Disember ini.