Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Dituduh Ganggu Rumah Tangga Orang, Ini Respons Zara Zya!

Asyikin Mayudin 14/08/2024 | 02:55 MYT

Pelakon Zara Zya berkongsi paparan skrin di platfrom Thread memperlihatkan mesej daripada individu yang menuduh dirinya itu menganggu rumah tangganya.

Hina Wajah Zara

Menerusi perkongsian tersebut, individu tersebut juga menhina wajah Zara selain mendakwa dia sudah memberi amaran kepada aktres itu.

“Pelak perangai hak Zara Zya teringin laki (suami) aku nak mengacau kena makan habis laku aku hempok hang jaga. Nak kacau sangat nak tunjuk kat orang sangat hang dengan laki aku. Aku tak biar, kena salah hang sendiri.

“Nak jadi penyondol itu bab* hang. Muka serupa pelak. Hang tu jodoh dengan orang lain bukan dengan laki aku. Jangan kacau rumah tangga aku. Aku tak pernah kacau rumah tangga hang pun.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Tidak Mempunyai Hubungan Baik, Ini Respons Bapa Zara Zya - “Saya Tak Pernah Pun Sekilas Ada Rasa Benci Pada Dia…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah Boleh Duduk Perlahan-Lahan, Sedikit Berjalan” - Zara Zya Syukur Selamat Jalani Pembedahan

ARTIKEL BERKAITAN: “Memang Saya Tak Pernah Memilih Pun” - Zara Zya

“Aku pernah tengok muka hang dulu buruk, serupa setan hang topeng saja tunjuk kat orang muka hang sekarang. Aku dah pesan dulu jangan kacau aku,” antara mesej individu itu kepada Zara.

Sekat Akaun

Bagaimanapun Zara ketika dihubungi Gempak berkata dia tidak pasti mesej itu bila dihantar selain sudah menyekat akaun individu tersebut.

Pertama kali menerima mesej sebegitu, pelakon berusia 38 tahun itu juga memberitahu dia tidak mengenali individu yang menuduhnya itu.

“Saya pun tak ingat bila sebenarnya dapat mesej tu. Tapi saya dah sekat pun akaun individu tersebut. Agak seram juga bila dapat mese sebegitu.

“Sebab ini pun pertama kali saya dapat mesej macam itu. Macam tiba-tiba pula tuduh saya dan saya pun tidak mengenali individu tersebut,” kata Zara ketika dihubungi Gempak.

Apabila ditanya bakal mengambil tindakan undang-undang, Zara bagaimanapun enggan melakukannya memandangkan dirinya kini sedang sibuk.

“Tak ada pun. Tak sempat nak fikir sebab agak sibuk,” ujarnya secara ringkas.

#pelakon #Zara Zya #Pelakon Zara Zya #Wanita tuduh Zara #Zara dituduh
;