Hiburan
Doa Di Tanah Suci Makbul, Adira Suhaimi Syukur Datuk Red Lembut Hati Untuk Bercerai - “Saya Memang Banyak Berdoa…”
Penyanyi Adira Suhaimi meluahkan rasa syukur apabila bekas suaminya yang juga usahawan Datuk Red atau Adnan Abu akhirnya berlembut hati untuk melepaskannya.
BERITA TRENDING: Adira Tenang, Datuk Red Tunduk Sayu Lafaz Cerai Talak Satu
Menurut penyanyi lagu Ombak Rindu ini, dia juga banyak berdoa di Tanah Suci ketika menunaikan umrah baru-baru ini.
“Alhamdulillah, semua dah selesai. Saya sangat bersyukur sebab akhirnya dah selesai. Saya banyak berdoa agar Allah lembutkan hati dia.
“Sejujurnya saya memang banyak berdoa di Tanah Suci. Alhamdulillah saya sangat bersyukur doa makbul,” kata Adira kepada Gempak.
PILIHAN PEMBACA: Datuk Red Diam Membisu, Kaki Lemah Tak Daya Nak Jalan Selepas Sah Cerai
Adira ditemui sebaik saja selesai perceraiannya dengan Adnan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, pada pagi Rabu.
Dalam pada itu, Adira juga memberitahu dia memilih untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan bekas suaminya agar mudah untuk mereka berkomunikasi selepas ini.
“Tak semestinya nak bercerai kena bergaduh, tak perlu nak buka aib pasangan masing-masing. Macam mana pun anak-anak tetap kami akan besarkan bersama.
“Kami ambil langkah untuk tidak bergaduh supaya senang untuk berhubung selepas itu (cerai),” ujarnya.
Rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dengan usahawan Datuk Red berakhir perceraian dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada pagi Rabu.
Adnan yang dikenali sebagai Datuk Red, 46 melafqzkan talak tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Gambak Barat, Rawang, Selangor.
Kes tersebut didengar di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar pukul 9.45 mengesahkan lafaz tersebut adalah sah mengikut hukum syarak.
Terdahulu, Adira memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu pada 25 Oktober 2023.
Kemudian, pada 5 Mac lalu, prosiding keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara mereka gagal apabila penyanyi itu tetap nekad untuk berpisah.
Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2.