Hiburan
Adira Tenang, Datuk Red Tunduk Sayu Lafaz Cerai Talak Satu
Rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dengan usahawan Datuk Red berakhir perceraian dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada pagi Rabu.
BERITA TRENDING: Adira Suhaimi Tetap Tenang Biarpun Rumah Tangga Dengan Datuk Red Bakal Berakhir - “Keputusan Saya Tetap Sama”
Adnan yang dikenali sebagai Datuk Red, 46 melafqzkan talak tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Gambak Barat, Rawang, Selangor.Kes tersebut didengar di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar pukul 9.45 mengesahkan lafaz tersebut adalah sah mengikut hukum syarak.
"Bahawa saya Adnan Abu menceraikan Adira Suhaimi dengan talak satu," lafaz Adnan.
Adnan ketika prosiding sedang dibacakan kelihatan tunduk sayu manakala Adira hanya kelihatan tenang.
Dalam masa sama, Adira juga bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Adnan.
Adnan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak, Rawang pada pagi Rabu ditemani peguamnya, Muhammad Akmal Azman
Adira turut hadir ke mahkamah pada proses berkenaan bersama peguam Nor Saidah Zakaria.
Pasangan itu bersalaman di dalam dewan sebelum bersurai.
Terdahulu, Adira memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu pada 25 Oktober 2023.
Kemudian, pada 5 Mac lalu, prosiding keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara mereka gagal apabila penyanyi itu tetap nekad untuk berpisah.
Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2.
BERITA TRENDING: Fail Cerai Pada Januari, Isteri Pertama Datuk Red ; “Ini Bukan Keputusan Saya Tapi…”
Must-Watch Video