Doktor Kerja Sampai Pengsan, Titip Nota Mohon Maaf - “Kami Juga Manusia..”
Sebuah hantaran yang memaparkan gambar papan putih dipercayai berasal daripada sebuah hospital tular baru-baru ini.
Nota mohon maaf
Menurusi gambar yang dimuatnaik oleh seorang pengguna di Platform Facebook, dapat dilihat nota permohonan maaf ditulis di papan putih tersebut.
Individu itu telah memaklumkan pihak mereka berdepan dengan masalah kekurangan doktor.
"Minta maaf. Kami menghadapi kekurangan doktor. Masa menunggu doktor mungkin sampai lima jam.
"Doktor kami kerja sampai naik pengsan dan sakit, mash kerja. Ada yang sudah letak jawatan, pergi swasta.
"Kami ingin berkhidmat untuk rakyat. Tetapi kami juga manusia... boleh penat dan sakit.
Harap tuan-tuan dan puan-puan faham. Minta maaf," tulisnya pada papan putih tersebut.
Sementara itu, menerusi ruangan kapsyen individu tersebut mendedahkan bahawa kejadian itu difahamkan berlaku di salah sebuah hospital tempatan di utara.
"Katanya berlaku di Hospital ***, betulkah?" tulisnya pada kapsyen.
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan apa yang berlaku di hospital tersebut.
"Ada kawan kerja doktor Hospital *** memang susah nak nampak dia kat rumah, dia balik tidur tiga hingga empat jam lepas tu tengah-tengah malam kena pergi balik kerja,"
"Yes betul. My friend is one of the doctor in Hospital ***. Last contact semalam bertanya khabar. Department yang besar sekarang tinggal lapan orang saja medical officer. Dia sendiri dah tiga kali hujung minggu kena oncall,” komen beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran yang dibuat oleh individu tersebut telah meraih 745 perkongsian di Facebook, selain turut dikongsikan semula di platform X.