Don Dukun Kutip RM 2.1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!
Filem seram komedi Don Dukun berjaya meraih kutipan sebanyak RM 2.1 juta selepas tiga hari tayangannya di pawagam.
Sambutan hebat!
Filem komedi seram yang mengajak penonton seisi keluarga ‘healing’ di pawagam, Don Dukun, berjaya mencatat kutipan sebanyak RM2.1 juta hanya dalam tempoh tiga hari tayangan.
Sambutan hebat!
Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Infinitus Productions dan GSC ini telah memukau peminat dengan gabungan elemen seram dan komedi yang menghiburkan hasil arahan Waan Hafiz.
Sepanjang dua hari tersebut menyaksikan sambutan meriah dengan dihadiri penonton dari pelbagai latar usia. Manakala untuk hari ini, para pelakon akan menjelajah ke pawagam-pawagam di negeri Perak.
Jom sama-sama kecut perut,pecah perut dengan menyaksikan filem Don Dukun di pawagam seluruh negara sekarang!
Sinopsis
Don Arif sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi dukun hebat dan terkenal seperti ahli keluarganya yang lain, termasuklah tipu helah. Dengan bantuan orang kanannya, Jaafar, Don Arif mengatur gimik demu meraih populariti di sosial media.