,
Filem

Pegang Watak Anak Beranak Dalam Don Dukun, Zul Ariffin Bangga Dapat Berlakon Dengan Yusof Haslam – “Bukan Semua Pelakon Boleh Dapat”

Khairil Khusyairi
31/10/2024
13:50 MYT
Pelakon Zul Ariffin meluahkan rasa bangga apabila dapat bergandingan bersama pengarah dan penerbit legenda, Datuk Yusof Haslam dalam filem terbaharu lakonannya Don Dukun.

Pencapaian Terbaik Dalam Karier

Menurut Zul, dia menganggap peluang berlakon bersama Yusof Haslam itu adalah pencapaian terbaiknya dalam seni lakon kerana tidak semua pelakon dapat bergandingan bersama pelakon yang dihormati itu.

“Boleh dikatakan itu pencapaian saya tahun ini sebab Datuk yang memulakan karier saya.

“Skop Productions juga adalah sekolah lakonan saya. Datuk merupakan orang yang bagi peluang untuk saya berlakon.

“Jadi bila saya dapat tahu Datuk pegang watak sebagai ayah saya, sebenarnya saya boleh bangga mendabik dada. Bukan semua pelakon boleh dapat, Alhamdulillah,” ujarnya.

Akan Cipta Kenangan Manis

Dalam pada itu, Zul yang memegang watak anak kepada Yusof dalam filem arahan Wan Hafiz itu turut menyifatkan Don Dukun bakal meninggalkan kenangan manis terhadapnya.
“Cerita ini merupakan kenangan manis saya bersama Datuk. Dia merupakan ‘father figure’ bagi saya. Dia juga seroang bapa perfileman pada semua sampailah hari ini.

“Saya seronok bila dapat berlakon jadi anak kepada dia, saya dapat jayakan babak dengan dia. Saya rasa seronok.

“Bila saya tonton, saya tahu ini akan jadi kenangan lima atau sepuluh tahun akan datang,” kongsinya teruja.
Jangan lupa saksikan filem Don Dukun yang bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 31 Oktober ini.
Don Dukun menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Douglas Lim, Datuk Yusof Haslam, Sangeeta, Marsha Milan, Elly Arifin, A. Galak dan ramai lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin Gemuruh Pertama Kali Pegang Watak Utama Dalam Filem Komedi ‘Don Dukun’ – “Takut! Dalam Banyak-Banyak Filem Yang Saya Buat….”

ARTIKEL BERKAITAN: Yusof Haslam Pesan Suami Perlu Pandai Memujuk, Kongsi Tips Lembutkan Hati Isteri - “Kalau Bagi Bunga Tapi Perangai Sama Juga Tak Guna”

ARTIKEL BERKAITAN: Dari Ketua Polis Ke Ketua Dukun! Kemunculan Yusof Haslam Dalam Don Dukun Bikin Ramai Terhibur - “Semua Dah Rosak”

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin Buat Trend ‘Thank You Ketayki’ Bikin Netizen Pecah Perut, Pencetus Trend Siap Komen Lagi - “Garaunya Ketayki Ni”

ARTIKEL BERKAITAN: ”Dulu Tangkap Polis, Sekarang Jadi Dukun” - Ramai Tak Sabar Nak Tengok Sisi Lain Zul Ariffin Dalam Don Dukun

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Nak Jadi Penyondol Tak Perlu Cantik, Cuma Perlukan Lelaki Yang Tak Reti Bersyukur" - Mimi Lana

gempak
31/10/2024
07:25 MYT
Pelakon jelita Mimi Lana mencuri perhatian menerusi kapsyen terbaharu di Instagramnya, berkongsi tentang penyondol.
Hiburan

Diana Danielle Nafi Masih Berhubung Dengan Farid Kamil - "Saya Sudah Beri Notis Untuk Dia Pindah Rumah Secepat Mungkin"

gempak
30/10/2024
23:45 MYT
Pelakon jelita Diana Danielle menafikan dakwaan suaminya, Farid Kamil, bahawa mereka masih berhubung.
Hiburan

"Farid Kamil Profesional, Dia Ada Di Set Penggambaran Pada Hari Berita Tersebar" - Pengarah Filem Bisikan Dosa

gempak
30/10/2024
10:12 MYT
Pengarah filem Bisikan Dosa, Faizul A. Rashid memuji sikap pelakon Farid Kamil yang profesional sepanjang menjalankan penggambaran Bisikan Dosa.
Hiburan

Yusof Haslam Pesan Suami Perlu Pandai Memujuk, Kongsi Tips Lembutkan Hati Isteri - “Kalau Bagi Bunga Tapi Perangai Sama Juga Tak Guna”

gempak
30/10/2024
04:50 MYT
Penerbit dan pengarah legenda, Datuk Yusof Haslam menyifatkan pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumah tangga.
Hiburan

“Saya Masih Sayangkan Isteri & Anak-Anak” - Farid Kamil Akan Berusaha Jernihkan Keadaan

gempak
29/10/2024
13:47 MYT
Pelakon, Farid Kamil akhirnya tampil memberikan respon terhadap kenyataan isterinya, Diana Danielle yang mengumumkan sudah mengambil keputusan untuk berpisah.
Anmum