Laman Utama

Dr Amalina Pesan Jangan Percaya Janji Manis Penjual - "Saya Tidak Pernah 'Endorse' Mana-Mana Produk .."

Zulaikha Yusof
27/08/2020
02:10 MYT
Sponsor Banner
Dr Amalina Pesan Jangan Percaya Janji Manis Penjual - "Saya Tidak Pernah 'Endorse' Mana-Mana Produk .."
Pelatih pakar bedah warganegara Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri mendedahkan ada peniaga yang mengambil kesempatan dengan menggunakan identitinya untuk melariskan produk suplemen.
Menurut Dr Amalina, dia tidak pernah menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak produk.
"Saya diberitahu ada penjual produk yang menggunakan nama saya untuk menjual produk suplemen beliau.
"Saya minta saudari 'Miera' ini berhenti menggunakan nama saya. Saya tidak pernah 'endorse' mana-mana produk.
"Sila ikut nasihat doktor sekiranya anda mempunyai penyakit diabetes," tulisnya di Twitter.
Tegas Dr Amalina, pengguna patut bijak dengan mendapatkan nasihat doktor bukan percaya bulat-bulat dengan janji penjual.
"Jangan berubat sendiri dan jangan percaya dengan janji manis penjual. Dapatkan nasihat doktor. Terima kasih!" tulisnya lagi. Dalam pada itu, Dr. Amalina turut berkongsi perbualan seorang netizen yang membongkarkan kegiatan individu tidak bertanggungjawab itu.
"Dia sekarang ada membeli suplemen panggilan phytax sejenis minuman kesihatan untuk pesakit diabetes.
"Dan penjual phytax ni seperti menggunakan foto dan kenyataan anda macam 'condoning' produk dia," dakwa individu terbabit.
Di ruangan sama, rata-rata pengikut mencadangkan agar Dr. Amalina membuat laporan polis dan mengeluarkan surat saman bagi menjaga nama baiknya.
"@Selamatrahmat2: Kalau benar perkara tu baik Dr Amalina buat laporan polis.
"@misszmarlea: Saman ja @DrAmalinaBakri
"@AdikQemall: Bagi surat peguam kepada syarikat itu.
"@raizul_ali10: Ini kelihatan tidak baik. Cepat atau lambat boleh merosakkan nama awak. Jadi saya cadangkan untuk membuat laporan di bawah produk itu," antara komen-komen yang ditulis.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar