Berita

Lelaki Berpakaian 'Mumia' Pesakit Mental - Polis

Gempak
20/01/2025
18:55 MYT
Sponsor Banner
Lelaki Berpakaian 'Mumia' Pesakit Mental - Polis
Lelaki yang berpakaian 'mumia' disahkan mengalami masalah mental selepas kelibatnya berjalan kaki di Jalan Panchang Bedena ke pekan Sungai Besar di sini, tular di media sosial pada Isnin.

BERITA BERKAITAN:Kebakaran Los Angeles: 11 Kematian Disahkan Pihak Berkuasa

BERITA BERKAITAN:Wanita Dipenjara Bunuh Bapa Tiri Kerana Simpan Gambar Bogelnya

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Robin Guha Thakurta berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 10 pagi.
Menurutnya, polis kemudian menahan lelaki berusia 25 tahun itu di sekitar Parit 6, Sungai Besar.

"Hasil siasatan lanjut mendapati individu itu mengalami masalah gangguan mental," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Robin memberitahu, polis kemudian membawa lelaki itu ke Hospital Sabak Bernam bagi rawatan lanjut dengan ditemani warisnya.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai dinasihatkan menghubungi polis untuk menyalurkan maklumat berhubung sebarang kejadian yang menimbulkan kegusaran dan menggugat ketenteraman awam.
Terdahulu, media melaporkan penduduk Sungai Besar dikejutkan dengan kelibat ‘mumia’ berbalut kain putih yang dilihat berlegar-legar di jalan raya sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengguna jalan raya.
Menerusi perkongsian di TikTok, lelaki yang berbalut penuh termasuk kepala itu dilihat melintas jalan utama dan mengundang pelbagai reaksi orang ramai.
Sumber:Sinar Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024