Hiburan
Dr Fitri Haris Dikecam Selepas Kongsi Gambar Dengan Alif Teega & Aisyah Hijanah, Hilang 2,000 Pengikut Di IG - “Ada Yang Tuduh Saya Dapat Duit…”
Gara-gara memuat naik gambar bersama pasangan suami isteri pempengaruh, Alif Teega dan Aisyah Hijanah, penyanyi nasyid Dr Fitri Haris dikecam netizen yang ada antaranya berhenti mengikuti Instagramnya.
Dituduh Dapat Duit
Dr Fitri ketika dihubungi Gempak, mengakui dia berasa terkejut apabila melihat komen netizen yang turut menuduhnya mendapat wang daripada pasangan tersebut selain terlibat sama.
“Saya tak jangka pun kena marah… yela, kita ni bukan terlibat pun dengan apa yang mereka buat. Tak pernah ada apa-apa aktiviti dengan mereka. Kami memang kawan sebab pernah buat MV sama-sama.
“Tapi bukan bermaksud saya pun terlibat sama. Bila netizen block dan marah, saya pun macam terperanjat juga. Ada yang tuduh saya dapat duit daripada mreka la, kata saya terlibat sama la.
ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini Tegur Tindakan Suami Isteri Pempengaruh Kongsi ‘Pengalaman’ Ditahan Reman SPRM - “Jangan Jadikan Benda Itu Normal Kena Gari”
ARTIKEL BERKAITAN: Alif Teega, Aisyah Hijanah Nafi Terlibat Komisyen Derma 20% - "Malah Muka Kami Digunakan Tanpa Izin"
ARTIKEL BERKAITAN: Dijaga Dengan Baik, Aisyah Hijanah & Aliff Teega Kongsi Pengalaman Ditahan Reman Bantu Siasatan SPRM -“Sebelum Ini Kita Ingat Hidup Kita Selesa…”
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Tak Percaya Novel Aisyah Hijanah & Aliff Teega Terjual 15,000 Naskah - “Cringe! Lepas Tu Banyak Macam Lirik Lagu, Baik Lagi Baca Mastika”
“Saya tak salahkan netizen tapi terkejut dengan respons mereka. Tak sangka la sampai kena unfollow… saya hilang 2,000 pengikut tapi saya tak ada masalah pun hilang pengikut,” katanya kepada Gempak.
Hanya memberi nasihat kepada pasangan suami isteri itu, Dr Fitri berkata dia mengambil keputusan memadam gambar tersebut kerana tidak mahu ia mengundang perkara yang lebih buruk.
Padam Gambar
“Saya ambil keputusan untuk padam gambar itu… tak bermaksud saya malu dengan post itu sebab pada saya, kita bergambar saja, bukan buat apa-apa. Biarlah keadaan tenang dahulu.
“Lagipun mereka dalam siasatan, belum lagi tertuduh. Kalau mereka salah, tetap salah. Sebagai kawan, bukan jauhkan diri tapi boleh beri teguran dan nasihat. Yang salah, tetap salah tapi apa-apa pun masih dalam siasatan” ujarnya.
Dalam pada itu, Dr Fitri sudah bersedia sekiranya kenyataan yang dikeluarkan ini akan mengundang kritikan dan kecaman netizen di laman sosial.
“Harapnya benda ini tidak berpanjangan tapi saya dah jangka, apa-apa kenyataan yang saya keluarkan akan ada yang negatif tapi saya okay saja. Saya tahu apa yang saya buat, saya masih waras,” katanya lagi.
Sebelum ini, media melaporkan melaporkan SPRM menahan empat suspek termasuk pasangan berkenaan kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.
Bagaimanapun, kesemua suspek yang ditahan reman dibebaskan 16 Julali lalu selepas tempoh tahanan reman berakhir.
Menurut sumber, empat suspek itu diperintahkan untuk membayar wang jaminan RM100,000 setiap seorang yang mana RM20,000 perlu dibayar secara tunai manakala bakinya tanpa cagaran, masing-masing dengan seorang penjamin.
#Fitri Haris
#Alif Teega
#Aisyah Hijanah
#Pempengaruh
#Dr Fitri Haris
#Fitri dikecam
#Gambar Alif Aisyah