Hiburan
Dr Say Menggigil Tahan Marah! Maid Senyap-Senyap Bawa Masuk Lelaki Dalam Rumah - “Baby Zeq Tengah Tidur, Boleh Dia Buat Projek”
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril berang apabila pembantu rumahnya bertindak membawa masuk dua lelaki ke dalam rumah tanpa pengetahuannya.
Berada ditingkat atas bersama isteri
Dr Say menerusi hantaran di akaun Insta Story miliknya berkata ketika kejadian berlaku, dia dan isteri, Dr Azura Abbas berada ditingkat atas.
Bagaimanapun apa yang mencemaskan Dr Say adalah anak ketiganya iaitu Zeqriel berada ditingkat bawah bersama dua orang pembantu rumahnya.
“Saya buat video ni sebab takut kalau saya tak hidup lagi. Pembantu rumah saya dua orang, bawa lelaki masuk dalam rumah masa saya dan isteri ada dekat atas.
“Saya dengan isteri ada dalam rumah, dia berani bawa masuk dua lelaki. Saya tengah berfikir sama ada nak telefon polis atau macam mana.
“Baby Zeqriel ada dengan mereka, kalau telefon polis, nanti polis serbu dan nanti baby jadi tebusan pula. Kalau saya minta baby Zeq terlalu awal nanti mereka curiga, bahaya pula,” ujarnya cemas.
ARTIKEL BERKAITAN: Dr Fitri Haris Dikecam Selepas Kongsi Gambar Dengan Alif Teega & Aisyah Hijanah, Hilang 2,000 Pengikut Di IG - “Ada Yang Tuduh Saya Dapat Duit…”
ARTIKEL BERKAITAN:Kelihatan Tenang Sebaik Sahaja Bercerai, Dr Jezamine Titip Pesanan Untuk Wanita Di Luar Sana - “Jangan Jangkakan Suami Anda Akan Menjadi…”
ARTIKEL BERKAITAN:Dr Say Tegur Sikap Individu Bangga Keputusan SPM Gagal - “Tolong Jangan Jadi Bodoh Sombong Dik”
ARTIKEL BERKAITAN:“Ibu Bapa Juga Perlukan Rehat” - Ramai Setuju Dengan Dr Say! Me Time Itu Penting
ARTIKEL BERKAITAN:“Sekiranya Saya & Isteri Tiba-Tiba Tiada Di Dunia…”- Berjurai Air Mata Dr Say, Sebak Anak Dah Dapat Kad OKU
Tunjuk bukti CCTV
Dalam hantaran berlainan, Dr Say juga berkongsi bukti Kamera Litar Tertutup (CCTV) merakamkan tindakan pembantu rumah yang membawa masuk lelaki-lelaki berkenaan.
“Tuhan nak tunjuk, walaupun kamera sudah dipusing masih boleh nampak reflection. Kiralah berapa ramai tu.
“Tak pernah dalam hidup saya hubungi 999. Tak sangka malam ni merupakan kali pertama dalam hidup saya.
“Ada dua orang yang saya tidak kenali, takut saya nak handle solo kang diapa-apakan baby Zeq atau anak saya yang lain maka kita mintak tolong polis,” maklumnya.
Dalam pada itu, Dr Say juga mengucapkan terima kasih atas tindakan pantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memberikan bantuan.
“Nanti saya buat video terus lah cerita dari A-Z macam mana saya tahu ada dua lelaki masuk rumah, apa yang menyebabkan saya check CCTV, semua lah.
“Apa pengajaran yang saya dapat dari kisah ini pun nanti saya rumuskan. Apa-apa pun terima kasih @pdrmsia_official Brickfields for fast response.
“Baby Zeq tengah tidur dekat tengah tu, boleh dia buat projek, celaka!” tulisnya.