Laman Utama
“Sekiranya Saya & Isteri Tiba-Tiba Tiada Di Dunia…”- Berjurai Air Mata Dr Say, Sebak Anak Dah Dapat Kad OKU
Doktor selebriti dan pempengaruh, Dr Say akui berasa sebak sebaik sahaja menerima kad OKU (Orang Kurang Upaya) untuk anak sulungnya, Ace.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Dr Say berkata dia bukan tidak menerima hakikat tentang anak istimewa sebaliknya perasaannya bercampur baur selepas melihat wajah Ace pada kad tersebut.
“Saya daftar untuk kad OKU Ace back in January 2023. Sabtu baru ni saya check online dan kad OKU Ace ready untuk dituntut.
“Empat bulan untuk kad OKU siap. Terus terang cerita bila nak amik kad OKU terasa sangat berat, rasa macam ‘aku dah bersedia ke nak pegang kad ni untuk anakku?’
“Tapi saya gagahkan jua sebab saya jugak yang apply kad OKU tu. Sampai dekat JKM Sepang, sepi tak ada orang lain.
“Macam suasana dicipta untuk saya soaked in yang anak saya istimewa, anak saya kelainan upaya dan ini buktinya.
“Bila kad OKU dihulurkan, saya ucap terima kasih dekat pegawai JKM dan terus meluru masuk kereta. Dalam kereta saya amati elok-elok kad OKU tu.
“Besar-besar tulisan KAD OKU. Ada nama penuh Ace, ada kategori ketidakupayaannya dan ada gambar
Ace senyum yang cukup suci, ikhlas dan naive.
“Berjurai air mata saya. Saya tak tahu sebab apa. Nak kata saya malu pegang kad OKU ni sikit pun tak, sebab saya tahu kad inilah yang boleh menjadi bantuan terunggul kepada Ace sekiranya saya atau wife tiba-tiba tada di dunia ni,” jelasnya.
Dalam hantaran yang saya, Dr Say juga turut menasihatkan sekiranya ada ibu bapa yang mempunyai anak istimewa, jangan malu untuk membuat permohonan kad OKU.
“Nak kata saya sedih anak saya OKU juga tak sebab OKU doesnt mean dia tak boleh enjoy the world like other kids do.
“Saya tahu mesti ramai persoalkan ‘kenapa buat kad OKU tuk Ace, kesian dia’ well kalau kalian tak tahu, kad OKU ni ada banyak keistimewaannya.
“Antaranya pengecualian bayaran MyKad, pengecualian bayaran rawatan perubatan, butterfly effect bila travel.
“Tapi ultimatumnya adalah sekiranya penjaga anak OKU meninggal, kad OKU lah yang akan menjadi hak yang sepatutnya anak istimewa kita dapat.
“Kalau anda atau anak anda OKU, jangan malu, jangan segan sebab kerajaan betul betul nak tolong kita dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan sebagai pemegang kad OKU. My son has an OKU card dan i am content,” tulisnya.
Terdahulu. Dr Say dan isterinya, Dr Azura Abas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2014.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua anak lelaki iaitu Aezriel (Ace), 4, dan Sefriel yang kini berusia dua tahun.
Must-Watch Video