Laman Utama
Dr Say Mohon Maaf Terlanjur 'Sound' Doktor Pakar, Tak Berniat Sebar Kebencian - "Masa Sukar Seperti Ini Kita Memerlukan Sedikit Positif .."
Pengacara Tanya Doktor, Dr Say Shazril tampil membuat permohonan maaf ekoran kenyataan yang ditujukan kepada Pakar Perunding Perubatan, Dr. Rafidah Abdullah, baru-baru ini.
Menurut Dr Say, dia sepatutnya tidak berkongsi perkara negatif yang boleh mempengaruhi orang lain sehinggakan menimbulkan kebencian.
"Yang mungkin sedikit keterlaluan. Ada yang dari tak tahu terus jadi tahu apa yang berlaku. Mungkin dia tidak bermaksud seperti itu tetapi entah bagaimana saya telah mempengaruhi sebilangan anda untuk berfikir seperti saya ketika membaca tweetnya.
"Saya juga ingin meminta maaf kepada anda yang mungkin rasa tidak senang dengan post saya semalam.
"Sepatutnya saya simpan dalam hati dan bukan niat saya untuk membuat kebencian dalam posting sebelumnya tetapi entah bagaimana saya melakukannya dan untuk itu saya benar-benar minta maaf," tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, Dr Say menyatakan dia akan lebih berhati-hati sebelum berkongsi kepada umum.
"Pasti akan peka dengan apa yang saya kongsi selepas ini kerana masa sukar seperti ini kita memerlukan aura positif dan berwawasan.
"Jadi sekali lagi saya ingin menyusun 10 jari minta maaf atas status saya semalam. Terima kasih atas teguran kalian, saya sangat menghargainya," tulisnya lagi.
Terdahulu, nama Dr. Rafidah menjadi trending di Twitter selepas dia didakwa membuat kenyataan berbentuk sakartik berkaitan dengan jumlah kes kematian COVID-19 di platform media sosial miliknya.
Susulan itu, Dr. Rafidah bersuara dengan berharap agar netizen dapat menjaga adab ketika memberikan komen atau kritikan terhadap orang lain.